Oleh Mohd Sayuti Omar
Azmin Ali kata rundingan PKR dengan Pas tidak membabitkan Pakatan
Harapan. Dia juga kata rundingan itu bukan atas inisiatif dia secara
peribadi, tetapi atas arahan parti. Beliau meletakkan jawatan sebagai
ahli Biro Politik sebagai "belakang" untuk dipanjatnya.
Jawaban itu mempamerkan timbalan presiden Keadilan itu sudah semacam
terdesak atau tidak tahan dengan bingkitan apabila berbagai bicara
berhubung tindakannya bertemu dengan Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Jelas pertemuan beliau dengan Abdul Hadi menimbulkan keraguan dan
kemarahan sesetengah pihak.
Dua perkara dapat difikir dan dinilai sendiri dengan jawaban terbaru
Azmin itu. Pertama, kalau pertemuan (rundingan itu) bukan ada kaitan
dengan Pakatan Harapan macam mana pula hubungan Keadilan dengan Pakatan
Harapan? Apakah Keadilan bercadang atau ada niat hendak meninggalkan
Pakatan Harapan untuk bersama Pas? Apakah memang ada rancangan sulit di
sebalik pertemuan itu? Hidde projek.
Ada beberapa indikator menggambarkan Keadilan sedang bergerak atau
berfikir ke arah itu. Salah satu ialah apabila Azmin gagal mengambil
tindakan atau keputusan berhubung kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor,
tiga Exconya dan juga ribuan lantikan politik. Kegagalan menimbulkan
masalah di Selangor, menjadikan hubungan politik Keadilan, DAP dan
Amanah tidak lendik.
Keduanya, sekiranya pertemuan itu bukan atas inisiatifnya tetapi arahan
parti, apakah ia menunjukkan Keadilan tidak tahu menghormati Pakatan
Harapan -- DAP, Amanah dan PBBM. Sekiranya Keadilan menghormati PH,
Azmin tidak mengadakan pertemuan itu walaupun ia sangat tidak rasmi?
Bukankah peristiwa seperti boleh menimbulkan fitnah dan salah anggap.
Paling penting untuk diketahui apakah kerja Azmin itu atas arahan orang
lain. Maksudnya ada dalang atau tukang merestuinya. Apakah ia disetujui
sendiri oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail atau melibatkan secara licit dan
halus Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim?
Permainan itu sama sepeeti main Haji berada dilubang "sokse", ia tidak akan kesudahan sampai ke senja.
Kegeruman Azmin dalam Piraum akan datang sangat nyata apabila kerusi
disandangnya kini khasnya Parlimen Gombak sangat getir. Dalam pilihan
raya lalu kerusi parlimen Gombak adalah kerusi yang dimenangi dengan
majoriti terendah di Selangor, hanya 4,734. Angka inilah menganggui
tidur Azmin dan menyebabkan beliau kurang senang dengan pilihan raya
tanpa sokongan Pas.
Menyelami penjelasan Azmin itu ia memberi gambaran bahawa pertemuan
dengan Abdul Hadi itu semacam ada sangkut paut dengan naluri Anwar
Ibrahim juga. Dengan beranggapan Anwar masih ada autoriti kemungkinan ia
ada kena mengena dengan Anwar. Arahan penuh licit dan lincah.
Memahami games ini timbul persoalan apakah Anwar sendiri masih geli
geleman dengan Dr Mahathir Mohamad, dan sikap itu menunjukkan
ketidakpercayaan penuh kepada Dr Mahathir. Justeru sihir-sihir yang
memeningkan kepala dilakukan Azmin itu adalah untuk mengseimbangkan veto
Dr Mahathir dengan veto Anwar.
Sekiranya andaian-andaian ini benar, ertinya Pakatan Harapan belum berada dalam suasana bersiap sedia dan landasan yang betul.
Di Selangor, orang ramai sedang menanti bila Azmin akan membentuk
struktur kepimpinan PH di negeri itu. Selagi Azmin masih berdolak dalik
dan bermain mata dengan Pas, struktur itu tidak akan mudah diwujudkan.
Selagi struktur PH belum ditubuhkan maka selama itu Selangor akan
dilihat bermasalah. Pemimpin apa Azmin kalau gagal mengurangkan masalah
tetapi pandai menambah masalah.
Dan sesungguhnya struktur PH di Selangor tidak akan ditubuhkan selagi masalah dan kata putus dengan Pas belum ada.
Perang dingin dan permainan silap mata dan kuntau dalam Keadilan
meninggalkan kesan buruk bukan sahaja kepada parti itu tetapi rakan PH
juga. Perletakan jawatan ahli parlimen Selayang, William Leong Kee
sebagai ahli Biro Politik adalah pembukaan kepada lubang kecil yang
boleh melompong empangan Keadilan.
Sebaiknya Azmin selesai masalah William ini terlebih dahulu sebelum
datang bersembah kepada Abdul Hadi Awang. Sihir-sihir dan silap mata
juga hendaklah dihentikan segera
Penjelasan Azmin itu tidak menyelesaikan masalah. Pakatan Harapan pula
mendesak supaya Azmin tidak meneruskan rundingan itu kerana ia
bersalahan dengan semangat Pakatan Harapan. Sekiranya rundingan itu
direstui Anwar ia memang sukar untuk tidak dipatuhi Azmin apa lagi
beliau sendiri bersetuju kalau Pas terus bersama Keadilan demi survival
politiknya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan