PETALING JAYA: Pemimpin Amanah Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mengritik
bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengecilkan isu 1MDB
sejurus selepas pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda
Kandasamy minggu lepas.
Memanggal Khalid rakan baiknya, Pengarah Strategi Amanah itu
bagaimanapun mempersoalkan bagaimana Khalid dengan angkuh meremehkan
kebimbangan rakyat mengenai 1MDB.
“Khalid sudah melakukan kesilapan kerana tidak mengutamakan kebimbangan itu apabila dia mengecilkan tipu helah di 1MDB.
“Dia sepatutnya menggunakan kelayakannya untuk memberi tanggapan yang
semua pelaksanaan rasionalisasi aset itu satu usaha menyelamat
besar-besaran, bukannya mencari peluang politik dalam isu 1MDB,” kata Dr
Dzulkefly dalam kenyataan hari ini.
Pada 7 Ogos, ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menyertai ahli
Parlimen PAS dalam mesyuarat dengan Arul Kanda yang menjelaskan
rancangan rasionalisasi syarikat milik negara itu.
“Khalid berkata dia puas hati penstrukturan semula hutang dalam 1MDB
menunjukkan ‘kemajuan dan isu menyelamatkan 1MDB tidak relevan’, kata Dr
Dzulkefly, yang berkata beliau harus mematahkan hujah Khalid selepas
terdengar kenyataan itu.
“Jika penstrukturan semula hutang itu menunjukkan kemajuan, proses
menyelamatkan 1MDDB tidak boleh dikatakan tidak relevan apabila ia
penting dalam usaha mengekalkan penstrukturan hutang itu.”
Ini kerana “rancangan penstrukturan semula hutang itu tidak menafikan
kewujudkan usaha menyelamat. Ia sebahagian daripada rancangan itu”,”
katanya.
Beliau kemudian menjelaskan 3 ciri usaha menyelamat seperti berikut:
1. 1MDB hanya boleh bangkit dengan bantuan kerajaan dan rakan kongsi luar negara.
2. Ia mampu menyampaikan faedah kerana suntikan dana dan bantuan kredit kerajaan kepada 1MDB.
3. Pemegang hutang 1MDB diberi atau sudah diberi jaminan baharu dan ganti rugi yang boleh diterima mereka.
“Jika pelaksanaan rasionalisasi perlu dibiaya sampai tahap di mana
hutang baharu dan atau ekuiti RM42 bilion seperti dicadangkan Khalid
itu, jadi ini bermakna ianya satu usaha menyelamat.
“1MDB mungkin akan melangsaikan hutangnya tetapi hanya dengan
mengurangkan simpanan tunai Perbendaharaan dan menekan ‘sovereign risk
rating’ negara dengan setiap jaminan atau ganti rugi yang diberikan
apabila diperlukan dalam pelaksanaan rasionalisasi itu,” kata Dr
Dzulkefly.
Beliau mengkritik Khalid kerana lupa menyoal Arul mengenai butiran
rancangan penstrukturan semula hutang dan rancangan perniagaan.
“Sebaliknya, dia cuba menjelaskan ketidakbolehan 1MDB melaksanakan
komitmen kewangan dan tanggungjawab kerana kesan daripada tuduhan
penggelapan dan ketirisan.
“Itu seperti tidak boleh menerima kenyataan, jika bukan perbuatan keji,” kata Dzulkefly.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan