PETALING JAYA: Pemerhati politik mempersoalkan hujah Timbalan
Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan perbincangannya dengan
PAS tidak ada kaitan dengan gabungan 4-parti Pakatan Harapan (PH) yang
disertai PKR.
Dr Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utama Malaysia berkata di
bawah piagam PH, semua rundingan dengan pihak luar mesti mendapat
persetujuan Majlis Presiden PH.
Selain PKR, PH turut disertai DAP, Amanah dan PPBM.
“Sekiranya tidak faham atau tidak mematuhinya, saya rasa lebih baik
beliau berundur daripada jawatan timbalan presiden PH dan juga pengarah
pilihan raya,” Kamarul
Pada Sabtu, Azmin mendakwa rundingannya dengan PAS mendapat mandat
parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian
berasingan dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan satu
menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
“Mereka selalu kata rundingan itu inisiatif saya, tetapi sebenarnya
bukan inisiatif peribadi saya. Rundingan itu keputusan PKR. Saya
mewakili parti,” kata Azmin, yang menyifatkan perbincangan dengan PAS
sebagai “tidak rasmi” dan hanya melibatkan PKR dan PAS.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengumumkan keluar
daripada Biro Politik PKR, badan tertinggi yang memutuskan hala tuju
parti itu.
Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya
mengenai langkah PKR masih berunding dengan PAS, enggan mengulas lanjut,
sebaliknya berkata ia akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden
minggu ini.
Seorang lagi pemerhati politik, Prof Ahmad Atory Hussain bersetuju
sebarang keputusan yang memberi kesan kepada PH mesti diputuskan Majlis
Presiden.
Akademik Universiti Sains Malaysia itu berkata tidak ada halangan
bagi sesebuah parti dalam PH bekerjasama dengan parti lain dengan syarat
ia menerima mandat rakan kongsi lain.
Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama selama 2 dekad bersama pemimpin
PKR, mendakwa parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi” dan menentang
perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Kamarul bagaimanapun tidak yakin rundingan PAS-PKR akan membuahkan hasil, walaupun bersetuju “semuanya boleh dalam politik”.
“Dengan kaedah yang sesuai, mungkin PAS dapat diubah ke arah PKR tetapi kemungkinan itu amat tipis,” katanya.
Atory berkata ketegasan PAS enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP menjadikan sebarang kerjasama PKR-PAS mustahil.
Sementara itu, Kamarul berkata PKR perlu memanggil mesyuarat agung tergempar untuk menyelesaikan kemelut di peringkat akar umbi.
“Biar ahli akar umbi memutuskan sama ada mahu PKR meneruskan rundingan dengan PAS atau tidak.”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan