RUU 355 : Di Mana Ke Mana Dan Bagaimana ?

Oleh Che Ibrahim Mohamed

1. Kali pertama isu berkaitan RUU 355 dibangkitkan ialah pada 2 April 2014 apabila mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan bersetuju menyahut pelawaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Jamil Khir Bahrom.

Dalam sidang medianya selepas mesyuarat exco itu, MB Kelantan bersama Exconya, Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan telah mengumumkan Kerajaan Kelantan telah memutuskan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (hukum hudud) selewat lewatnya tahun 2015.

Serentak dengan itu, Kerajaan Kelantan melalui mana mana Ahli Parlimen Pas akan mengemukakan dua undang undang persendirian @ private dalam sidang Parlimen yang terdekat, iaitu:

i. Private bill hudud di bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan, dan

ii. Private bill untuk meminda Akta 355 bagi mengubahnya hukumannya drp 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebat kepada hukuman mengikut undang undang syariah.

2. Deraf sebenar private bill yang diperwarkan oleh Pas hanya terdedah kepada umum bila MP Marang pada 18/3/2015, iaitu serentak dengan Dun Kelantan meluluskan semula KJS II 1993 dengan nama barunya Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) yang diviralkan sebagai KJS (II) 1993 (Pindaan 2015).

Sebelum ini tidak ada sesiapa pun termasuk pemimpin Pas sendiri memberi bayangan rupabentuk private bill yang hendak dikemukakan oleh Pas sehingga media dan masyarakat umumnya bertanggapan private bill itu ialah dalam bentuk undang undang hudud dan qisas sehingga ianya diviralkan sebagai "private bill hudud" oleh pengamal media.

3. Selepas notis usul tersebut dimasukkan pada 18/3/2015, RUU 355 telah di polemikkan dalam berbagai bentuk dan menjadi percakapan umum seolah olah satu perlawanan bola Piala Dunia sedang berlangsung.

RUU 355 telah ditendang dan diolek ke sana sini, sekejap ke atas sekejap ke bawah dan kadangkala ditendang keluar padang. Penyokong kedua dua pasukan saling bersorak dan berpesta dan berbagai acara sambutan telah diadakan untuk memeriahkan lagi permainan ini.

4. Suatu ketika pengadil dan jkuasa penganjur telah berpakat untuk memberi peluang MP Marang menendang bolanya dalam kotak penalti, malangnya Haji Hadi memilih untuk menangguhkan sepakannya.

Ketika peluang kedua diberi, MP Marang mengambil kesempatan ini untuk menukar padang dan format permainan daripada meminda hukuman " 356 " kepada mengikut undang undang syariah kepada venue berkecuali dalam bentuk denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali, tetapi memohon tendangannya ditangguhkan lagi kerana bimbang penyokong di luar padang belum bersedia.

5. Melalui tendangan ketiga, barulah Hj Hadi membuat sepakan lencong yang diparas dengan sempurna oleh MP Kota Bharu sehingga bola dilihat melayang layang dan berpusing pusing seolah olah satu rekod dunia bagi tendangan berkembar tercantik dunia bakal tercatit.

Tiba tiba penonton terkedu bila bola yang seolah olah boleh menggegarkan palang gol atau morobek gawangkan terhenti tiba tiba atas garisan gol.....rupa rupanya ada bomoh besar yang menyekat terjahannya dari terus bergolek, lalu bola berhenti secara tiba tiba.

6. Sepatutnya dalam persidangan Parlimen yang sedang berlangsung ini, bola yang telah ditendang boleh diteruskan permainannya walaupun tanpa kehadiran si penendang.

Memandang notis usul ini telah dibentang dan dihuraikan oleh pembawa usul, serta telah disokong dengan sempurnanya, Speakar boleh mempersilakan MP MP lain untuk membahas samada menyokong atau menentang usul persendirian tersebut, atau memilih untuk terus membuat pengundian belah bagi untuk menerima atau menolak usul tersebut.

7. Realitinya cadangan MP Marang ini masih bertaraf usul, bukannya RUU. Samada MP Marang sebagai pembawa usul hadir atau tidak hadir ke sidang Parlimen kali ini, kehadirannya bukannya lagi menjadi keutamaan kerana usulnya telah dibentang dan telah mendapat sokongan. Di peringkat ini Parlimen hanya perlu meneruskan perbahasan kepada usulnya atau Speaker boleh memilih untuk terus memilih membuat pengundian belah bagi supaya permainan ini akan berakhir.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan