Kebimbangan dan keraguan besar yang timbul
di kalangan rakyat berikutan dengan kekacauan yang berlaku di Forum
Nothing To Hide2 semalam ialah apakah Pilihanraya Umum ke-14 akan dapat
diadakan dalam keadaan selamat?
Apakah proses untuk memantapkan proses demokrasi dengan penubuhan kerajaan menerusi pilihanraya umum setiap lima tahun sekali di negara ini yang tidak pernah gagal diadakan sejak merdeka akan dapat diteruskan untuk kali ke-14?

Tweet saya yang pendek dalam masa singkat dikunjungi oleh hampir
10,000 berhubung dengan peristiwa kekacauan di forum itu membayangkan
kebimbangan ini.
Saya hanya mencatitkan "Bayangkan apa akan terjadi pada kempen PRU-14 apabila Mahathir dibaling dengan botol dan kerusi berterbangan di forum Nothing To Hide2 hari ini".
Kekecohan itu tercetus apabila jawapan Mahathir menunjukkan logik dan rasional polis bertindak balas berasaskan SOP apabila anggota mereka terbunuh dalam peristiwa Memali di Baling. Penyoal adalah jelas ejen provokasi.
Kekuatan Mahathir pada usia 92 tahun
Penyokongnya tahu jika Mahathir dibiarkan meneruskan jawapannya maka beliau akan dapat menterbalikkan meja kepada penyoal dan akan dapat mempengaruhi hadirin kerana jawapannya yang pendek itu pun telah menyebabkan penyoal 'diboo' dan dirinya diberikan sambutan tepukan bergemuruh.
Itulah kekuatan Mahathir yang luar biasa dari dulu hingga sekarang dalam usianya sudah mejangkau 92 tahun.

Maka itu beliau harus disekat dari meneruskan penjelasannya dengan
cara orang yang tidak terpelajar atau dengan cara yang kurang ajar.
Bagi saya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah bersuara dengan kewibawaan seorang pemimpin apabila beliau mengutuk kejadian itu walaupun beliau menyedari hakikat bahawa masyarakat pastinya menganggap itu adaah perbuatan terancang oleh pihak Umno.
Beliau tidak mahu sesiapa disalahkan sebelum selesai siasatan polis.
Tohmahan kepada Umno tidak dapat dielakkan kerana kejadian provokasi terhadap pembangkang sebelum ini banyak didatangkan oleh orang Umno termasuk yang bergelar Datuk tetapi dalam pada itu terdapat kemungkinan bahawa ada pihak yang melakukan provokasi ini untuk menimbulkan simpati kepada Dr Mahathir.
Bagi saya Najib sebagai perdana menteri Malaysia dan bukan hanya perdana menteri bagi BN sahaja, sewajarnya tidak berdiam diri dalam hal ini.
Beliau sepatutnya telah tampil

kehadapan dengan segera mengutuk kejadian ini
untuk meyakinkan rakyat terhadap penerusan perjalanan proses demokrasi
yang seimbang, yang tidak sahaja memihak parti kerajaan.
Kerajaan tidak seharusnya terlihat sabagai "penyelamat" kepada perusuh dan pengacau yang diketahui sebagai penyokong kerajaan.
Ketika rakyat berada dalam prasangka ini, Najib sewajarnya membuat kenyataan untuk menjamin PRU-14 akan tetap diadakan mengikut yang dijadualkan oleh Perlembagaan kerana kerajaan mempunyai keupayaan mengawal keselamatan untuk menjamin demokrasi berjalan dengan lancar tanpa mengganggu ketenteraman awam.
Pilihanraya boleh ditangguhkan tetapi tidak boleh dibatalkan.
Jaminan ini juga akan memperbaiki imej Malaysia di luar dan dalam negara yang tercemar oleh peristiwa semalam kerana terlihat seperti ada usaha terancang untuk menyekat perjalanan demokrasi yang sihat di negara ini.

0 comments:
Catat Ulasan