Oleh RAIS HUSSIN
Amanat Hadi merujuk kepada zaman kegelapan di era 1980-an, di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah batu api PAS.
Inilah permulaan era “kafir-mengkafirkan” (memanggil saudara seIslam
kafir hanya kerana perbezaan fahaman politik) di mana Hadi yang
mempopularkan tabiat ini diseluruh Malaysia.
Hadi menyampaikan khutbah Amanat Hadinya di Kampung Banggo, Peradong,
Kuala Terengganu pada 7 Aril, 1981 dan ucapannya itu dijadikan poster
dan ditampal di pejabat-pejabat PAS di seluruh Malaysia, pada tahun yang
sama.
Pada
1983, poster Amanat Hadi mendapat sokongan padu di Selising, di pilihan
raya semula Kelantan dan kemudiannya dijadikan slogan perjuangan PAS di
pilihan raya yang lain.
Penting untuk kita fahami apakah isi kandungan Amanat Hadi yang disisipkan di bawah, petikan penting dari ucapan itu:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang
Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita
menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,
mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh
kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi
mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma
kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi)
puak-pauk ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita
adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha,
kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian. Tapi kita
menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku.’
“Kafir” datangnya dari kata dasar “kufr”, yang bermakna “menutupi.”
Seorang “kafir” dalam istilah Quran memaksudkan seseorang yang menutupi
kebenaran, walaupun telah disampaikannya kebenaran.
Solat dua imam
Dalam Amanat Hadi, apa yang beliau sampaikan jauh lebih terkehadapan.
Beliau memfitnah semua ahli Umno pada waktu itu, termasuk Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak, sebagai “kafir” yang
menutup atau menghalang kebenaran.
Dalam
usaha yang melulu, Hadi melukis garisan perbezaan yang membezakan PAS
dan Umno – sebenarnya perbezaan PAS terhadap dan rakyat Malaysia.
Sesiapa sahaja yang terkeluar dari bulatan PAS dan Hadi, dikira sebagai insan yang tidak punya lagi kepercayaan.
Disebabkan itu terdapat ceramah-ceramah agama yang berasingan antara
mereka walaupun dalam kampung yang sama. Juga terdapat imam-imam yang
berasingan antara mereka bagi mengimamkan solat harian, kenduri-kendara
(kenduri kahwin dan sebagainya) yang berasingan, rumah sembelihan,
kenduri arwah, solat Jumaat, juga tapak pengebumian pun berasingan.
Keluarga terasing, suami dan isteri dipisahkan dengan perbalahan
kemudian penceraian, anak-anak tidak tahu menahu dengan apa yang berlaku
dan lama-kelamaan, praktis ini membawa kepada perpecahan umat Islam di
Malaysia dalam skala yang besar.
Hadi merupakan sumber dan inspirasi kepada merebaknya budaya tidak baik ini yang memecah-belahkan keluarga dan rakan-taulan.
Budaya
Hadi ini hanya dapat dikekang dengan campur tangan Datuk Fadzil Noor,
Yusof Rawa dan Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mana semua mereka ini tidak
ada lagi.
Daripada mempraktikkan politik kemanusiaan, yang mana juga digelar
sebagai Siyasa al-Tawaduk, seperti yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad
SAW dan merupakan peribadi hidup Baginda, Hadi kini adalah Muawiyah
versi Malaysia.
Muawiyah adalah sosok tubuh yang bertanggungjawab, selepas ketiadaan
keempat-empat Khalifah al-Rashidin, dalam membentuk Dinasti Umaiyah. Apa
yang berlaku pada dinasti inilah yang memulakan persengkataan darah
antara Sunni dan Shia sehingga hari ini.
Di zaman Yazid, anak kepada Muawiyah, cucu Baginda Nabi Muhammad SAW,
Husayn ibn Ali telah dipancung, melakar kebangkitan Shia dan kemarahan
Sunni.
Tersenyum lebar
Amanat Hadi ini sama dengan keganasan yang paling buruk berlaku dalam
sejarah Islam – penanaman benih kelemahan dalam dunia Islam, di mana
Sunni dan Shia terpaut sebagai seteru yang terdedah kepada bahaya
ancaman luar.
Hadi mendakwa dirinya mempraktikkan keadilan dan keobjektifan dalam
hubungan beliau dengan Umno dan Najib. Tetapi Sarawak Report memberikan
indikasi yang terdapat dakwaan agenda fidusiari di sebalik tabir.
Dengan
menutupi kebenaran, dan menutupi dakwaan kesalahan Najib dan Umno,
keseluruhan PAS, yang mempunyai sejarah kebanggaan sebagai parti politik
pembangkang berorientasikan Islam, beliau telah menbawa keaiban dan
fitnah kepada parti.
Politik “kekufuran” atau penidakkan kepada kebenaran sudah merosakkan parti, dan mesti Najib dan Umno sedang tersenyum lebar.
Melainkan Hadi dan “lima tembikai” dapat dihalang, perjuangan mereka
yang kononnya membawa bendera hijau Islam – tapi sebaliknya mereka
sebenarnya mendokong bendera hitam Jahiliyyah – PAS akan jadi seperti
Dinasti Umaiyah yang hanya memerinta sesingkat 70 tahun sahaja.
Dan umur Umno kini 70, tidak ramai yang fikir bahawa Umno dan PAS
sudah rosak dengan kepentingan orang atasan, tanpa memikirkan
kesejahteraan rakyat Malaysia.
Sudah tiba masanya ahli-ahli Umno dan PAS yang sudah mendapat
pencerahan untuk bangkit dari lena yang panjang dan mula persoalan
kemana sebenarnya ketua-ketua parti sedang bawa anda semua pergi?
Fikirkan dan muhasabah!
Sementara untuk Hadi, saya harapkan beliau fikiran semula Amanat
Hadi, dan buat nilaian sama ada apa yang beliau katakan dahulu benar
atau beliau perlu bertaubat dan tampil ke hadapan memohon kemaafan keada
semua mangsa terkesan dengan Amanat Hadi.
Hanya yang berhati besar sahaja yang dapat mengakui kesalahan sendiri
dan hati yang lebih besar untuk memohon kemaafan. Mari kita lihat, sama
ada Hadi punyai hati yang besar atau yang lebih besar atau tidak ada
hati sama sekali.
DATUK RAIS HUSSIN adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan