Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membidas
tulisan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU), Datuk Rais Hussin yang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang
mempopularkan budaya kafir-mengkafir di negara ini.
Menurutnya, kemungkinan, pembabitan Rais yang juga adalah anggota
Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam politik telah menyebabkannya
menderita.
“Barangkali menceburi politik telah menyebabkan penulis artikel ini menderita seperti orang sakit otak.
“Atau ada sebab lain sehingga tulisannya penuh dengan cerita seperti
seorang yang sasau sehingga tidak dapat membezakan fakta dan realiti,”
katanya dalam asatu mesej Whatapps kepada Malaysiakini.
Dalam tulisannya di potral Malaysiakini bertajuk ‘Amanat Hadi dan Muawiyah Malaysia’ hari ini, Rais berkata apa yang Abdul Hadi sampaikan jauh lebih terkehadapan.
Beliau berkata, sesiapa sahaja yang terkeluar dari bulatan PAS dan
Abdul Hadi, dianggap dan dilabel sebagai insan yang tidak punya lagi
kepercayaan atau ‘kafir’.
“Disebabkan itu terdapat ceramah-ceramah agama yang berasingan antara mereka walaupun dalam kampung yang sama.
“Juga terdapat imam-imam yang berasingan antara mereka bagi
mengimamkan solat harian, kenduri-kendara (kenduri kahwin dan
sebagainya) yang berasingan, rumah sembelihan, kenduri arwah, solat
Jumaat, juga tapak pengebumian pun berasingan.
“Keluarga terasing, suami dan isteri dipisahkan dengan perbalahan
kemudian penceraian, anak-anak tidak tahu menahu dengan apa yang berlaku
dan lama-kelamaan, praktis ini membawa kepada perpecahan umat Islam di
Malaysia dalam skala yang besar,” tulis pemimpin BERSATU itu.
Menurut Rais, Amanat Hadi ini sama dengan keganasan yang paling buruk
berlaku dalam sejarah Islam – penanaman benih kelemahan dalam dunia
Islam, di mana Sunni dan Shia terpaut sebagai seteru yang terdedah
kepada bahaya ancaman luar.
Namun katanya, dengan menutupi kebenaran, dan dakwaan kesalahan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno dalam skandal 1MDB,
presiden PAS itu membawa keaiban dan fitnah kepada parti.
“Politik kekufuran atau penidakkan kepada kebenaran sudah merosakkan parti, dan mesti Najib dan Umno sedang tersenyum lebar.
“Melainkan Hadi dan lima tembikai dapat dihalang, perjuangan mereka
yang kononnya membawa bendera hijau Islam – tapi sebaliknya mereka
sebenarnya mendokong bendera hitam Jahiliyyah,” katanya.
Sehubungan itu, Rais meminta ahli-ahli Umno dan PAS yang sudah
mendapat pencerahan untuk bangkit dari lena yang panjang dan mula
persoalan ke mana sebenarnya ketua-ketua parti sedang membawa mereka
pergi
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan