Oleh Dr Azman Ibrahim
SUDAH tiga tahun saya diamanahkan sebagai Pengarah
Operasi Banjir PAS Terengganu. Banyak juga pahit manis yang telah
dilalui. Macam-macam lokasi banjir saya dah redah dengan sahabat-sahabat
Jentera Operasi Banjir.
Banjir adalah musibah kemanusiaan, bukannya peluang politik. Kita
fokus untuk membantu dan meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Berlakunya banjir ini kerana banyak faktor. Ada banjir kilat dan ada
banjir bermusim. Faktornya pelbagai. Bukan kita sahaja yang kena banjir,
ummat terdahulu pun dah diuji oleh Allah dengan banjir.
Ada ketikanya segala kecanggihan saliran ciptaan manusia tak mampu
lagi menampung banyaknya air yang mengalir. Kalau tidak, tak kan Amerika
negara yang paling canggih di dunia pun banjir.
Kalau nak kata banjir berlaku kerana sesuatu tempat itu banyak
berlaku maksiat, kita jangan lupa bahawa di Kota Mekah pun banjir.
Kalau nak kata banjir di Kelantan adalah kerana hutan yang habis
gondol dikerjakan Kerajaan PAS Kelantan, apa pula cerita tragedi banjir
yang pernah menenggelamkan Johor dan Perlis? Hutan di sana pun gondol
juga ke?
Sebab itu saya sangat tak berminat dan tak berkenan dengan sikap serkap jarang menuduh itu dan ini sebagai punca banjir.
Polemik ini tidak membantu mangsa memulihkan semula kehidupan. Isu yang betul perlu dibincangkan pada masa yang betul.
Bodoh kalau banjir dijadikan medan untuk saling kutuk-mengutuk. Siapa
yang kutuk siapa, tak kira siapa pun dia, itu adalah orang bodoh.
Pemimpin Umno Johor kutuk Kelantan sebab banjir itu bodoh! Kalau ada
Kelantan kutuk Johor pun bodoh juga. Kalau ada, tapi rasanya tak ada.
Malah Kerajaan Kelantan pernah hantar bantuan kepada Kerajaan Johor
ketika Johor dilanda banjir besar.
Ketua
Menteri Pulau Pinang perlekeh Kelantan masa banjir itu adalah bodoh!
Kalau ada MB Kelantan perlekeh bila Pulau Pinang banjir, sila bagitahu.
Kalau ada, tapi rasanya tak ada.
Umno Perlis pernah perlekeh Kelantan sebab banjir. Perlis pun pernah tenggelam juga.
Banjir antara bencana alam yang paling lumrah. Negara paling maju di
dunia seperti Amerika banjir. Negara mundur di Afrika pun banjir.
Negara yang banyak sungai macam Bangladesh banjir, negara padang
pasir seperti Arab Saudi pun banjir. Negara umat Islam banjir, negara
kafir banjir, negara komunis pun banjir.
Kawasan hulu banjir, kawasan pantai pun banjir juga. Di bandar banjir, di kampung pedalaman pun banjir.
Negeri PAS perintah banjir, negeri BN banjir dan negeri DAP pun
banjir. Cuma bezanya PAS tak pernah rasa malu bila negeri Kelantan
banjir sebab kita tak pernah mempermainkan orang lain. Tak pernah
mengejek orang lain bila kena banjir. Yang kita buat adalah mengambil
langkah sebaik-baiknya untuk membantu mangsa banjir.
Umno dah tak kedengaran mengejek Kelantan. Harap mereka dah insaf
bila negeri di bawah Umno juga pernah mengalami nasib sama. Tinggal yang
mulut tak ada insurans ialah tokong DAP.
Sebab tu bila Pulau Pinang kena banjir, dia salahkan pihak itu dan ini untuk cover line!
Mulut tu kena jaga baru kita selamat.
Jangan lagi ada orang yang kutuk dan perlekeh orang lain kononnya
tak pandai mentadbir sehingga menyebabkan banjir. Kena belaka sikit
sorang dengan kehendak Allah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan