SEJAK tahun 1990 hingga 2016 sebanyak 19 hospital
terbakar di negara ini. Tidak ada pula suara Tan Sri Zainudin Maidin dan
rakan-rakan yang seotak dengannya marah kepada hospital. Sudah pasti
hospital mempunyai kelengkapan dan piawai yang hebat untuk membolehkan
ia beroperasi. Alat pencegahan dan pemantauan secara regular. Itu pun
terbakar juga. Kebakaran di wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor
pada 25 Oktober 2016 mengorbankan enam orang.
Apabila berlaku kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di
Keramat Ujung yang meragut 24 nyawa, macam-macam cercaan yang diberikan
oleh manusia yang hatinya busuk. Siapa yang hendak kejadian ini
berlaku? Siapa yang hendak hospital terbakar? Pihak sekolah cuba
berusaha untuk yang terbaik. Apa yang berlaku di luar kemampuan manusia.
Memanglah sekolah seperti ini tidak mempunyai kelengkapan yang
sempurna kerana masalah kewangan. Ia lebih bersifat tanggungjawab sosial
sahaja. Bukan bersifat komersial. Yuran rendah, kalau mahal ada pula
tuduhan mengatakan ustaz jual agama pula.
Sepatut kerajaan perlu bangga kerana ada lagi masyarakat yang
prihatin untuk membangunkan tahfiz seperti ini. Jangan apabila berlaku
seperti ini ada segelintir masyarakat seperti Zainudin Maidin naik
meroyan marah kepada pihak sekolah. Otak seperti Zainudin Maidin ini
tidak banyak sangat di dalam masyarakat. Ini spesies yang makan dedak
terlalu banyak sehingga terlekat di hati.
Kerajaan perlu pantau dan cakna terhadap sekolah seperti ini terutama
aspek keselamatan pelajar. Periksa secara berkala. Ambil tindakan
segera. Perlu bersifat pro aktif, bukan apabila sudah berlaku baru bunyi
macam-macam. Al-fatihah untuk mereka yang terkorban semoga bersama
orang yang soleh.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
15 September 17.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan