Cara Menulis Peraturan

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Jika didapati ada non muslim yg membawa anjing ke kedai dobi, atau mencuci pakaian yg kena darah babi, dan kita tak selesa dengannya, tuliskan arahan supaya anjing tidak dibawa ke kedai dobi, dan larangan mencuci pakaian yg terkena darah babi dengan jelas.

2. Arahannya boleh berbunyi, "Dilarang membawa binatang ke dalam kedai dobi", atau "Pet is not allowed", atau "Anjing dilarang dibawa masuk ke dalam kedai", atau, "Jangan bawa babi ke dalam kedai", atau arahan lain yg jelas dan senang difaham.

3. Jika kita tidak mahu kain atau bahan yg diguna utk anjing atau babi dicuci di kedai dobi, tuliskan arahan, "Kain atau bahan yg diguna pada binatang, dilarang cuci di sini", atau, "Pakaian yg kena darah dan nanah tak boleh dicuci di sini", atau, "Kain lapik anjing beranak tak dibenar cuci di sini", atau, "Pakaian yg terkena darah babi dilarang dicuci di sini".

4. Arahan itu sama saja dgn arahan seperti "Dilarang membawa makanan ke dalam bas", atau "Durian dilarang di hotel ini", atau "Merokok dilarang di dalam tandas", atau, "Wanita tidak menutup aurat dilarang masuk", yg terpakai kepada semua orang tanpa mengira agama.

5. Arahan sebegitu senang difahami, jelas, fokus dan bebas prejudis. Tapi kalau arahannya berbunyi begini, "Kereta api ini untuk orang Islam saja demi kesucian", kita janganlah kecil hati jika orang lain buat peraturan, "Kerja ini utk orang Bajau Laut saja demi kecekapan berenang".
6. Awat, kamu ingat aku Melayu tak cekap berenang? Ciss....!
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan