Oleh
JOHOR, negeri kelahiran Umno, akan bertukar daripada kubu kuat parti
terbesar orang Melayu jadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) pada pilihan
raya umum akan datang, kata pengerusi pakatan itu, Dr Mahathir Mohamad.
Berucap pada majlis pelancaran Pakatan Harapan Johor di Tampoi, malam
tadi, Dr Mahathir berkata dengan memenangi Johor, jalan pakatan
pembangkang melangkah menuju ke Putrajaya pasti lebih cerah.
"Johor dulu kubu kuat Umno tapi sekarang kita minta supaya jadi kubu kuat PH," katanya.
Beliau meminta rakyat Johor yang sayangkan negara untuk mengambil
semangat politik merdeka ketika Umno ditubuhkan untuk menyelamatkan
tanah air daripada penjajahan British dengan kali ini melakukan pula
perubahan menyelamatkan negara daripada kleptokrasi melalui peti undi.
Beliau turut menyeru agar rakyat Johor tidak terperdaya dengan
muslihat Umno yang sering mempermainkan sentimen perkauman dengan
menakut-nakutkan rakyat bahawa Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan
mentadbir negara sekiranya pembangkang mengambil alih Malaysia.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam ucapannya juga senada mengatakan Johor bakal diambil alih oleh pembangkang.
Ahli Parlimen Pagoh yang memegang kerusi selama lima penggal
berturut-turut itu berkata rakyat perlu bekerjasama demi menyelamatkan
negara sebagaimana wujudnya parti Umno di negeri Johor demi
menyelamatkan negara daripada jajahan British.
"Saya nak cerita sikit berkenaan negeri Johor ini. Suatu ketika dulu
bermulalah satu gerakan menyelamatkan negara kita daripada dijajah oleh
British. Tetapi hari ini, di sini juga (Johor), jelajah untuk
menyelamatkan negara kita daripada pemimpin yang dikenali dunia sebagai
penyangak dan penyamun," katanya.
"Kita semua sedar dan kita semua tahu ini kubu kuat parti Umno. Dulu
Umno tak boleh dikalahkan di Johor...itu dulu," katanya sambil disorak
oleh para hadirin.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Gelang Patah Kit Siang, Setiausaha
Agung PKR Saifuddin Nasution yang menggantikan Presiden PKR Wan Azizah
Wan Ismail dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan