Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini
mengesahkan ramai lagi ahli politik Pakatan Harapan (PH) akan menyertai
Umno susulan kembalinya bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad
Muhamad Taib ke parti itu.
Beliau berkata pengumuman perkara berkenaan akan dilakukan secara berperingkat.
“Saya sahkan memang ada ahli PH yang akan menyertai Umno dan kembali
kepada Umno, pengumuman itu kami akan lakukan secara berperingkat, kita
tunggu sajalah,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Minda
dan Sesi Dialog Bersama Rakyat di Kolej Mara Banting semalam.
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan
media yang mengatakan terdapat 8 ahli politik lain dari Selangor
sepatutnya menyertai Muhammad Taib ketika beliau diumumkan menyertai
kembali Umno Ahad lalu.
Muhammad Taib keluar daripada Umno pada 2013 untuk menyertai PAS dan kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai PKR pada 2015.
Mengulas lebih lanjut, Annuar berkata konflik dalaman antara parti
komponen PH, tiada agenda membangunkan ekonomi rakyat dan negara dilihat
menjadi punca ahli politik berkenaan berminat dengan Umno dan Barisan
Nasional (BN).
“PH ini bukan sebenarnya mahu membantu rakyat dan membangunkan
negara, mereka hanya berebut kuasa dan membuat tohmahan dan fitnah
semata-mata.
“…dan sekarang banyak tohmahan dan fitnah mereka ini terjawab dengan
sendiri, isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditangkap
jika ke Amerika Syarikat ternyata tipu, isu 1MBD, wang derma daripada
keluarga diraja Arab Saudi, semua itu sudah terjawab dan rakyat sendiri
dapat melihat permainan kotor politik pembangkang ini,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan