Oleh Eric See-To
Melalui satu pertelingkahan dengan rakan daripada parti yang sama,
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli didakwa menipu mengenai angka dan akan
berterusan berbuat demikian.
Saya bersetuju dengan dakwaan ahli majlis kepimpinan tertinggi PKR itu.
Rafizi adalah pakar dalam menggunakan angka bagi mengelirukan namun
sering kali kesimpulannya tidak boleh dipercayai dan hanya direka untuk
menghasut tanpa menjelaskan perkara yang benar.
Semalam, Rafizi membuat pemerhatian kononnya kutipan cukai di
Malaysia telah melepasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dengan menyebut pada 2010, kutipan cukai adalah RM60.3 bilion dan
RM112.3 bilion bagi tahun ini.
Rafizi mendakwa kutipan cukai telah bercambah pada kadar 11% setahun,
lebih cepat daripada pertumbuhan 5% KDNK. Beliau mendakwa ini tidak
baik berbanding pertumbuhan purata kutipan cukai Australia iaitu pada
5.3% bagi tempoh yang sama.
Bagaimanapun, Rafizi tidak menyebut pertumbuhan KDNK Australia adalah
2.7% bagi tempoh itu, bermakna kutipan cukai di negara itu lebih tinggi
daripada pertumbuhan ekonomi, satu fakta yang cukup untuk menafikan
hujah Rafizi itu.
Contoh bagi Australia itu menunjukkan kutipan cukai lebih tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi bukan sesuatu yang luar biasa.
3 senario
Terdapat 3 senario di mana kutipan cukai melangkaui pertumbuhan ekonomi.
Senario pertama ialah peningkatan keuntungan perniagaan, kenaikan taraf pendapatan dan pertambahan pembayar cukai.
Banyak syarikat menjana peningkatan keuntungan sejak kutipan cukai dimulakan pada 2010.
Sebagai contoh, dua syarikat terbesar di Malaysia adalah Tenaga
Nasional Berhad dan Maybank. Keuntungan TNB sebelum cukai adalah dari
RM1.5 bilion pada 2009 meningkat kepada RM8.1 bilion pada 2016. Manakala
keuntungan sebelum cukai Maybank meningkat dari RM1.7 bilion kepada
RM8.5 bilion bagi tempoh yang sama.
Taraf pendapatan rakyat Malaysia juga meningkat secara ketara bagi
tempoh sama dan ini turut menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi.
Jabatan Statistik turut menyatakan pendapatan Median bulanan isi
rumah di Malaysia telah meningkat dari RM2,841 pada 2009 kepada RM4,585
bagi tahun 2014.
Sebagai tambahan, peningkatan taraf pendapatan turut menyaksikan
golongan yang sebelum ini meraih pendapatan di bawah paras minimum
melepasi paras itu dan menjadi pembayar cukai.
Pasaran gelap
Senario kedua adalah peningkatan kepada pematuhan percukaian. Tidak
dapat dinafikan masalah dihadapi Malaysia pada masa lalu adalah lari dan
pengelakan cukai serta perniagaan pasaran gelap.
Penguatkuasaan yang lebih tegas serta pelaksanaan sistem GST
menggalakkan lebih banyak syarikat yang sebelum ini tidak berdaftar
dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendaftar serta membayar
cukai mereka selain melaporkan angka jualan dengan lebih jujur.
Senario terakhir adalah cukai pendapatan dan korporat telah meningkat. Bagaimanapun, ia adalah sebaliknya.
Di sebalik tuduhan palsu Rafizi kononnya kerajaan tidak mengurangkan
cukai ketika memperkenalkan GST, Rafizi sepatutnya tahu sejak Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Menteri Kewangan pada
2008, kadar cukai korporat yang tinggi telah turun daripada 27 peratus
pada 2007 kepada 24 peratus manakala cukai bagi Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) kini adalah hanya 18 peratus.
Cukai pendapatan bagi mereka yang memperolehi pendapatan RM100,000
setahun dan di bawah kumpulan pembayar cukai turut turun daripada 28
peratus kepada 21 peratus bagi tempoh yang sama.
Ketika GST dilaksanakan pada 2015, perubahan kepada sistem percukaian
turut bermakna 300,000 keluarga memperolehi pendapatan RM4,000 sebulan
tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan.
Malaysia bukanlah sebuah negara yang dianggap sebagai mengenakan
cukai yang tinggi terhadap rakyatnya. Peratus cukai daripada jumlah KDNK
Malaysia hanyalah 14.5% berbanding 17% bagi Thailand; 25.8% bagi
Australia; 26.8% bagi Korea Selatan dan 34.4% untuk United Kingdom.
Malah, pendapatan kerajaan berdasarkan kepada peratusan ekonomi bagi
memperlihatkan pendapatan kerajaan daripada ekonomi telah menurun dari
20% pada 2010 kepada 17.7% pada 2016.
Rafizi kalah beberapa kali dalam kes mahkamah akibat fitnah sejak dua
tahun ini dan kredibilitinya amat diragui. Bagaimanapun, temberang
'sotong goreng' terkininya terhadap angka kutipan cukai bagi
mengelirukan orang ramai sebenarnya turut memalukan dirinya sendiri.
Ini kerana, Rafizi sebenarnya telah menyerlahkan kejayaan kerajaan
Barisan Nasional dalam pertumbuhan ekonomi negara, meningkatkan taraf
pendapatan, membasmi mereka yang mengelak cukai dan menangani masalah
ekonomi pasaran gelap.
ERIC SEE-TO merupakan Timbalan Pengarah Komunikasi STrategik Barisan Nasional.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan