Oleh Francis Au
Dalam kekeliruan ini kita kena merujuk Perlembagaan Malaysia. Dalam
perlembagaan menyebut ‘Hari Kemerdekaan’ adalah merujuk kepada 31 Ogos
1957, yakni kemerdekaan Tanah Melayu mengikut definisi Artikel 160
Perlembagaan Tanah Melayu.
Sementara itu, tidak ada definisi ‘Hari Kebangsaan' di dalam Perlembagaan Malaysia, mahupun Perlembagaan Tanah Melayu.
Inilah kesan selepas Perlembagaan Tanah Melayu disadur sebagai Perlembagaan Malaysia.
Tafsiran 'kemerdekaan’ pun adalah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sementara tafsiran ‘pPersekutuan’ juga adalah Persekutuan yang dibentuk
di awah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Akhirnya, Perlembagaan Malaysia dibentuk melalui Akta Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
Bagaimanapun, oleh kerana Persekutuan Tanah Melayu adalah rakan sama
taraf kepada Sabah dan Sarawak, raanya tidak ada masalah besar untuk
rakyat Malaysia di Sabah khususnya untuk menerima, sekaligus menghormati
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Justeru, tidak keterlaluan jika kita ucapkan "Selamat menyambut Hari
Kemerdekaan ke-60", khususnya kepada rakyat Malaysia di Persekutuan
Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia amnya, sebagaimana rakyat Sabah
juga ingin dihormati oleh rakan kongsi yang lain.
Sebenarnya,
31 Ogos 1963 adalah tanggal bermulanya penurunan kuasa ke atas North
Borneo (Sabah) untuk membolehkan Sabah memerintah sendiri.
Malahan Sabah sempat memerintah lebih kurang dua minggu sebagai
sebuah negara sebelum mengambil keputusan menyertai Gagasan Malaysia,
idea Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bersama-sama dengan Sarawak dan
Singapura.
Pada awalnya semuanya baik, tetapi malangnya di era 70-an kita
semakin kehilangan banyak keistimewaan, malahan aspirasi rakyat Sabah
untuk maju setaraf dengan rakan kongsi Persekutuan Tanah Melayu sehingga
hari ini masih belum kesampaian.
Yang utama di sini, kita sudah mulai menyedari hak kita, rakyat Sabah
di dalam Persekutuan Malaysia sebenarnya dijamin melalui Perjanjian
Malaysia 1963 (MA63).
Atas sebab itu, seperti juga kerajaan Sarawak menghantar rombongan ke
London mengkaji MA63, maka selari dengan hasrat itu Biro Penyelidikan
MA63, Parti Warisan Sabah diwujud atas tujuan sama mengkaji perkara ini,
mengenai hak rakyat Sabah yang mana ramai tidak ketahui, atau tidak
sedari.
MA63 ini adalah dokumen penting yang dimeterai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Inilah
yang kita perjuangkan dalam Parti Warisan Sabah agar Sabah diiktiraf
sebagai wilayah berdaulat oleh Persekutuan Tanah Melayu dan hak kita di
dalam Perjanjian Malaysia bukan sahaja dihormati tetapi harus dilaksana
tanpa kompromi.
Selain itu, Parti Warisan Sabah berpendirian bahawa ‘Hari Kebangsaan’
juga harus dimasukkan di dalam Perlembagaan Malaysia sebagai hari yang
harus diingati dan dirayakan oleh seluruh rakyat Malaysia, selain dari
Hari Kemerdekaan Tanah Melayu seperti mana yang disambut pada setiap 31
Ogos.
FRANCIS AU adalah Ketua Penerangan Wira, Parti Warisan Sabah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan