1. Mabuk ada macam-macam,
selain mabuk hakiki ada mabuk majazi. Adinda Nik Abduh sudah mabuk cinta
dengan pembenci Pakatan agaknya, maka semua yang disuka oleh kekasihnya
itulah yang dimadahkan dan setiap sesuatu yang dibenci kekasihnya
itulah yang dipenakan. Adat mabuk cinta begitulah adanya.
2.
Orang mabuk cinta memang begitu, katanya kurang difahami. Hanya
kekasihnya sahaja yang mengetahui apa yang diungkapkan namun bagi
pendengar lain kata-katanya hanyalah bebelan yang layak dikatakan
‘meraban’ aja (baca meghaban, dialek Melaka)
3. Contohnya adinda
mengatakan AMANAH anti reformis dalam masyarakat sedangkan AMANAH
diasaskan dan ‘meninggal’ PAS kerana kejumudan PAS. Kejumudan adalah
sifat bertentangan dengan ciri reformis. Tiada yang lebih jumud daripada
parti yang telah berjaya merobohkan tembok perkauman berpuluhan tahun,
tiba-tiba generasi adinda kembali membinanya semula.
4. Dalam
ungkapan adinda tersirat hanya PAS sahaja yang boleh mereformasi
masyarakat lantas AMANAH gopoh dan mengganggu usaha ini. Orang mabuk tak
sedar apa yang diungkapkan, dalam kata adinda sendiri sudah ada sifat
‘takabur eksklusif’ iaitu perasaan bangga dia sahaja yang buat baik,
orang lain tidak. Meminjam kata-kata Sdr Hanipa Mydin, ‘parti suci’,
ingatkah adinda lagi pada Hanipa?
5. Tup..tup..orang lain pula
jadi sasaran. IKRAM ‘duri dalam daging Gerakan Islam’. Jika benar cinta
itu buta, butakah mata adinda? IKRAM atas apa kelemahannya telah
melahirkan institusi pendidikan berkualiti, para profesional dan ulamak
serta produk ahlinya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bagaimana
duri dalam daging begitu berjaya?
6. Mungkin ‘Gerakan Islam’
yang tidak ada masalah ialah yang melahirkan golongan takfiri, maki
hamun saudara se Islam, halalkan darah yang tidak setuju dengannya atau
yang ala-ala ISIS. Saya maafkan adinda kerana dalam lamunan adinda
penilaian agak lemah, al maklum sajalah.
7. Adinda Nik Abduh ada
sebut tentang ‘Fiqh al waqie Al Malayzi’ dengan sinis. Apa yang sinisnya
kalau para ulamak silam telah menjelaskan bahawa keadaan sesuatu tempat
dan masanya menentukan sesuatu hukum. Saya maafkan sekali adindaku,
saya lupa, hanya parti adinda sahaja yang boleh menyebut istilah Arab
sebab itu menandakan betapa Islamiknya adinda. Istilah ‘taa’wun’ pun
parti adinda sajalah yang ada hak cipta terpelihara menafsirkannya.
8. Sekali lagi ‘sang pemabuk cinta’ mendedahkan apa yang ada dalam
kepalanya. Bukan sahaja DAP yang mahu selamatkan Malaysia, seluruh
rakyat yang waras dan segar kepalanya mahu negara ini selamat dari
pemimpin kleptokrasi. Kami dari Pakatan Harapan hanya menyedarkan rakyat
‘bahaya’ yang akan menimpa jika rakyat terus leka kerana negara ini
bisa sahaja dijual dan dilelong macam mereka melelong RUU355, ingatkah
adinda?
9. Itulah kejujuran adinda, bahawa segala yang
membahayakan Malaysia angkara UMNO/BN yang makan dedak dan MO1 yang
merompak seolah hanya sandiwara DAP untuk menakut-nakutkan rakyat. Kali
ini kekanda harus bagi kredit pada adinda, sekurangnya bab ini adinda
tidak meraban hanya ulang skrip sahaja.
10. Zombi Kg Pisang
adalah tentang watak yang berhadapan dengan bahaya kampungnya.
Watak-watak itu adalah tipikal watak Melayu yang penting diri dan ada
agenda tersendiri. Ia bukan tentang zombi tetapi bagaimana kita
bertindak balas dengan bahaya. Mamat Khalid terkenal pengkritik
masyarakat Melayu melalui satiranya. Cubalah adinda cari sendiri watak
manakah dalam cerita itu sesuai dengan cara berfikir adinda.
11.
Tulisan adinda penuh rasa ingin membuktikan sesuatu kepada kekasih bukan
soal isi kandungannya. Kekanda rasai, ia satu siksaan menanti keputusan
sebenarnya. Lirik lagu ini boleh menenangkan tidur adinda tapi jangan
lupa baca 3 qul dulu ya.
Jika benar cinta itu buta
Butakah mata ku
Berkali terluka masih jua ku menunggu
Apa yang ku ingin kan
Hanya kejujuran dalam perhubungan
Jika itu tiada apalah ertinya
Penantian ini hanya sia-sia..
Kekanda mu
Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Bekas Ahli yang ‘meninggal’ Pas
Naib Presiden AMANAH ‘meninggal’ Pas
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan