Pas Dan Umno Yang Malang

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Abduh kata, penyokong Amanah adalah pemberontak di desa.

Aku kata, pemberontak di desa adalah pentaksub Pas. Apabila banyak cawangan Pas berkubur kerana ahlinya sertai Amanah, pentaksub Pas tak mau bersalam, tak mahu bermakmum dan tak mahu pandang muka orang Amanah. Pentaksub Pas memberontak kerana orang keluar Pas. Abduh tak perasan?

2. Kata Abduh, usaha reformasi dan islah di kampong digerakkan oleh Pas dan sudah berlaku semenjak sekian lama.

Aku kata, di kampong, Pas bukan gerakkan reformasi dan islah, tetapi suburkan faham takfiri. Lupakah Nik Abduh, bagaimana pentaksub Pas tak pergi makan kenduri orang Umno? Sedarkah Nik Abduh, pentaksub Pas tak mahu solat jenazah orang Umno? Begitukah namanya reformasi?

3. Kata Abduh, kerana sifat gopoh dan bersikap 'profesor google', mereka merasakan ia proses yang amat lambat.

Aku kata, orang yg gopoh adalah pentaksub Pas. Gopoh mentakfir, melabel orang Amanah semenjak sebelum Amanah tertubuh secara rasmi. Bahkan lebih awal lagi, gelaran Anwarinas, doa laknat, boo sudah berkumandang dalam muktamar. Pentaksub Pas gopoh utk menyingkirkan orang yg tak sealiran dgn mereka sebab mereka terhalang utk lebih rapat dgn Umno.

4. Abduh kata, ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf... Mereka kekejangan melihat PAS yang 'kool' ....

Aku kata, perasan diri sendiri suci menjadikan pentaksub Pas melihat orang lain yg tidak sealiran dgn mereka sebagai kotor. Pas kekejangan melihat sedikit demi sedikit rakyat Malaysia semakin mengenali wajah sebenar Pas. Kekejangan itu sudah sampai ke tahap serius sehingga sanggup memfitnah orang yg tak masuk Pas sebagai masuk Pas semasa Fastaqim. Pas yg kejang kan? Fitnah pun kira cool ke?

5. Abduh kata, mereka memberontak terhadap PAS dan seni dakwahnya.

Aku kata, menerakakan orang lain, memanggil orang dengan panggilan buruk, itu seni dakwah mengikut Abduh? Dari mana Abduh belajar seni itu? Daripada Umno? Atau, taawun dgn Umno dan sedondon dengan Najib pun seni dakwah juga? Kalau itu dikira seni, memang senilah. Seni utk dapat dedak...!

6. Abduh kata, entah dadah 'flakka' apa yang DAP bagi makan sampai otak jatuh ke lutut. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu. Uhh mengerikan..

Aku kata, entah dedak jenama apa yg diberi oleh Umno sehingga Abdul Hadi dan Abduh serta gengnya lupa habis jenayah Umno, termasuk jenayah yg Umno lakukan kpd ayahnya. Abdul Hadi dan Najib dah jadi satu. Abduh dan orang Umno pun dah bersetu...? Fuh...ngerinya.

7. Abduh kata, ...di kampung dan desa, mereka terpencil kerana asyik berkempen menjual 'sumbu' bagi menghadapi 'The Last Days' of Malaysia itu.

Aku kata, di bandar, pinggir bandar bahkan di kampong juga, Pas semakin terpencil. Pas hanya harap sumbu Umno utk tumpang cerah. Pesta arak dicanang sana-sini, padahal ia adalah anjuran MCA, rakan sebantal Umno. Tapi Pas tak marah MCA sebab kalau marah MCA, sama macam marah Umno. Kalau Pas marah Umno...faham-fahamlah...!

8. Kata Abduh ...ahli AMANAH datang dari IKRAM yang dianggap dedalu dalam sejarah gerakan Islam Malaysia.

Aku kata, perosak kebangkitan Islam dalam wajahnya yg penuh rahmat di Malaysia adalah Pas. Ketika Umno sudah nyawa-nyawa ikan, Pas penyumbang oksigen kpd Umno. Pas memang gagal memahami waqi' Malaysia, bahkan Pas gagal selepas berusia 60 tahun utk mentaqbiqkan nusus mengikut realiti. Dgn sewenang-wenangnya Pas menafsirkan nusus mengikut selera dan nafsu politik pemimpinya yg tersedak dedak Umno.

9. Abduh kata, antara matlamat besar AMANAH sebelum melangkah ke Putrajaya ialah menghancurkan PAS.

Aku kata, Pas akan hancur sendiri. Dan kalau ia dihancurkan oleh pihak lain, penghancur Pas ialah orang-orang seperti Abdul Hadi dan Abduh. Abduh adalah pelaksana cita-cita Umno utk mengekalkan kuasanya. Pas penghancur harapan rakyat utk menguburkan Umno. Pemberi oksijen kepada Umno adalah butir tahi Najib.

10. Abduh kata, pergi meninggallah.

Aku kata, Pas yg patut meninggal. Orang seperti Abduh patut tidak berada dlm pentas politik negara, bahkan patut tidak berada dlm gerakan rakyat utk tumbangkang Umno. Pas rosakkan aspirasi rakyat, Abduh tukang bawa oksigen kpd Najib dan Umno. Jika Pas nak meninggal, silakan. Rakyat Malaysia tak rugi apa-apa pun.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan