Di sebalik penafian kepada media, kedudukan bekas pegawai kanan
kerajaan yang didakwa menyertai PAS menjadi tanda tanya ekoran laporan
disiarkan Harakahdaily hari ini.
Dua pesara kerajaan itu memang tidak menjadi ahli PAS - sekali gus
menjawab rasa teruja orang ramai yang diuar-uarkan dengan "pengumuman
mengejutkan" oleh Nasrudin Hassan sebelum ini.
Kata Nasrudin ada kejutan akan diumumkan pada himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus itu.
Namun selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamatkan program
berkenaan tengah malam tadi tiada "tokoh nasional" yang sah menjadi ahli
PAS.
Namun hari ini portal Harakahdaily menyiarkan laporan "Dua bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS".
Antara lain laporan itu menyebut "Fastaqim 2.0 mencatat sejarah
apabila dua bekas pegawai kanan kerajaan diumumkan menyertai PAS".
"Mereka (ialah) bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah
Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar dan.bekas Timbalan
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Abdul Rahim Che
Daud."
Bagaimanapun Malaysiakini malam tadi melaporkan Zakaria
menafikan beliau menyertai politik sebaliknya hanya menyokong usaha PAS
"memperjuangkan isu rasuah".
"Saya bukannya masuk politik. Mungkin ada salah faham di sini.
"Saya boleh bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai komitmen untuk membanteras rasuah. Saya tidak menyertai PAS," katanya.
Menjelaskan keadaan itu Nasrudin yang juga ketua penerangan PAS mempertahankan Harakahdaily.
"Ya, laporan Harakahdaily tu betul," katanya.
Mengulangi kenyataan dibuatnya pada sidang media di Pantai Tok Jembal
selepas Fastaqim 2.0 berakhir malam tadi Nasrudin berkata istlah
"sertai PAS" itu tidak semestinya menjadi ahli parti.
“Dia masuk menyertai PAS di situ, bermakna bersama memperjuangkan PAS
untuk menentang rasuah, berjuang untuk Islam dan sebagainya. Itu
maksudnya. Dia bukan menjadi ahli," katanya.
Menurut anggota parlimen Temerloh itu menyertai dan bersama PAS mempunyai "banyak kategori".
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan