Oleh Timmy Say
Jumlah kehadiran di perhimpunan antikleptokrasi anjuran PH semalam
telah menghentikan pelbagai ilusi, terutamanya kepada kemampuan PPBM dan
Amanah untuk menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Himpunan yang diadakan di Petaling Jaya, di tengah kawasan bandar,
yang sepatutnya menjadi kubu kuat kepada PH tidak mendatangkan hasil
yang dijangkakan berbanding himpunan Fastaqim yang diadakan PAS 2 minggu
lalu di Kuala Terengganu.
Jika dibandingkan daripada sudut lokasi, lokasi Fastaqim jauh
terpencil tanpa sebarang pengangkutan awam manakala lokasi perhimpunan
antikleptokrasi dapat dihadiri dengan mudah melalui LRT. Bukan itu
sahaja, lokasi fastaqim diadakan di negeri Terengganu yang diperintah
Umno manakala lokasi perhimpunan antikleptokrasi diadakan di Selangor
yang dipimpin pembangkang.
Akan tetapi, bukan sahaja Fastaqim dapat mengumpulkan lebih ramai
hadirin tapi ia juga berjaya mengumpulkan ramai kumpulan B40 berbanding
perhimpunan antikleptokrasi. Kehadiran anak-anak muda juga jauh lebih
ramai di Fastaqim berbanding perhimpunan antikleptokrasi.
Dengan jumlah kehadiran semalam di sebalik pelbagai ceramah
antikleptokrasi yang diadakan berbulan lamanya dan juga jumlah program
yang disediakan pada perhimpunan tersebut, PH sudah boleh berhenti
berilusi mengenai kekuatan yang ada pada PPBM mahupun Amanah.
‘Kekuatan sebenar kedua-dua parti itu’ sudahpun terlondeh di
perhimpunan semalam. Kedua-dua parti kini boleh diibaratkan seperti
‘bubble’, yang cantik hanya di permukaan.
Sebenarnya dari awal lagi, cadangan untuk mengadakan perhimpunan ini adalah 1 kesilapan strategi.
Kesilapan pertama datangnya daripada keyakinan yang berlebihan
mengenai kemampuan PPBM dan Amanah untuk mengerahkan orang ramai untuk
berhimpun.
PH juga sebegitu yakin bahawa isu 1MDB dan strategi menyemarakan
kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah cukup
untuk membawa orang ramai untuk menyokongnya.
Bukan itu sahaja, PH juga sebegitu yakin dengan kemampuan Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk berkempen untuk pihak mereka. Dr Mahathir mungkin
dapat membawa beberapa orang bekas Umno untuk bersamanya, tapi mereka
terlupa kehadiran Dr Mahathir juga akan menghalau sekumpulan besar
penyokong asal pembangkang.
PH juga terlalu berkeyakinan bahawa dengan adanya PPBM dan Amanah
boleh menjadi alternatif di dalam dunia politik Melayu telah didominasi
sebegitu lama oleh persaingan antara Umno dan PAS.
Dua tahun lalu, DAP dan PKR merasakan Amanah yang dianggotai oleh
bekas para pimpinan PAS pasti akan dapat menggantikan tempat PAS. Ilusi
itu berakhir di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sejak
tertubuhnya PPBM, DAP dan PKR merasakan gabungan Amanah dan PPBM sudah
pasti dapat menyaingi kehilangan PAS. Ilusi itu berakhir semalam di
perhimpunan antikleptokrasi.
Persoalannya sekarang apakah PH masih mahu terus berilusi bahawa
mereka akan menang di dalam pertandingan 3 penjuru, termasuk di
Selangor? Apapun PAS dan DAP akan terus hidup walaupun apa terjadi di
PRU14.
Tapi bolehkah Amanah dan PPBM, malah PKR terus hidup selepas PRU14?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan