Oleh Hanipa Maidin
Saya sempat membaca ringkasan Pernyataan Pembelaan Claire ( SR ) ke
atas tuntutan saman Presiden parti suci dan juga tuntutan balas Claire
ke atas Presiden parti suci.
2. Selepas habis baca, saya terpanggil nak bagi sikit komen.
a. Tak tahu apa akan berlaku dalam Mahkamah nanti, tapi hanya sekadar
membaca ringkasan "defence" dan "counter claim" Claire..saya, yang
adalah sikit2 sekelumit pengalaman kendalikan kes saman fitnah, sudah
boleh rasa Presiden parti suci berkemungkinan besar akan hadapi
kesukaran yang AMAT-AMAT BESAR -sebesar Banjaran Himalaya- dalam
perbicaraan saman itu nanti.But, I may be wrong...so, no worries.
b. Yang lebih menarik dalam "defence" dan tuntutan balas Caire itu ,
nama MO1 juga diheret sekali..Ini menjadikan MO1 , pada hemat saya,
sebagai "potential witness" dalam saman tersebut. Ingatkan MO1 mungkin
akan pergi ke Mahkamah di USA je dlm saman DoJ..rupanya mungkin
berpeluang utk ke UK juga.
c. Terkenang semasa MO1 saman Dr Rosli
dan Sdr Taufek Yahya berkaitan artikel ttg IMDB di harakahdaily. Saya,
pada asalnya, mewakili Dr Rosli dan sdr Taufek.Selepas itu , saya bawa
sekali sdr Faiz Fadzil sebagai rakan peguam. MO1 cuba batalkan
pernyataan pembelaan anakguam kami, tapi Hakim tak benarkan dan Hakim
mahu kes dibicarakan. Maknanya MO1 kena hadir di Mahkamah.
Saya dan Faiz
dah bersedia nak soal balas dia. Tiba-tiba, kami berdua dipecat sbg
peguam Dr Rosli dan sdr Taufek. So, kempunanlah kami nak soal balas MO1.
d.. Tup tup nama MO1 muncul dlm kes saman antara Presiden parti suci dan Claire.
e. Mungkin Allah nak bagi "lawyer" yang lebih hebat lagi..QC di UK utk
soal balas MO1 dan bonusnya QC itu dpt juga soal sekali Presiden parti
suci.
Tak perlu ambil pusing komen drp orang kotor macam
saya..yang suci-suci ramai yang boleh bagi nasihat perundangan walaupun
tak ada kelulusan undang-undang. Dlm fb ni, pun bersepah yang suci-suci
tu...
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan