Oleh Tun Mahathir
1. Di antara usaha Najib untuk menentukan kemenangan baginya ialah menyekat dana daripada didapati oleh parti lawan.
2. Orang yang berada dan mungkin menderma kepada parti lawan diugut
dan didera dengan mengganggu kehidupan mereka. Institusi yang diguna
ialah polis, Jabatan Hasil dalam Negeri dan juga SPRM.
3. Pegawai Jabatan Hasil akan menggeledah premis dan membuat
tuntutan bayaran cukai korporat tambahan yang tidak berasas. Jika
sasaran enggan membayar mereka akan senarai hitamkan syarikat, merampas
buku-buku akaun dan rekod-rekod supaya perniagaan tidak dapat
dijalankan.
4. Jika mereka sedang melaksanakan kontrak dengan Kerajaan, atau
mereka membuat permohonan untuk kontrak, semuanya akan dibatalkan.
5. Bank-bank diarah supaya tidak memberi pinjaman modal atau apa-apa
pinjaman kepada syarikat atau individu yang menyokong parti-parti lawan.
6. Cukai tambahan yang dikenakan boleh meningkat sehingga puluhan, bahkan ratusan juta.
7. Segala urusan perniagaan diganggu, kebenaran ditangguh berbulan bahkan bertahun.
8. Peniaga kecil juga diugut sehingga mereka terpaksa tutup perniagaan.
9. Sekarang ini tuduhan dibuat kononnya peniaga terlibat dengan
pembersihan wang (money laundering) yang didapati secara salah, seperti
dicuri atau dari perniagaan dadah. Bukti, kesalahan ini tidak ditunjuk.
Hanya dengan membuat tuduhan maka akaun wang dalam bank pihak yang
dituduh boleh dibekukan. Ini menghentikan perniagaan yang dituduh. Jika
bangunan sedang didirikan, kerja terpaksa dihentikan. Peniaga mungkin
kehilangan punca pendapatan sama sekali.
10. Pejabat boleh digeledah dan buku-buku dirampas. Mangsa tidak
berani bantah atau bersuara kerana tindakan yang lebih keras akan
dikenakan. Jika mangsa membuat pengaduan di mahkamah, perbicaraan akan
mengambil masa yang panjang. Mangsa akan menderita bertahun-tahun.
11. Pegawai-pegawai Kerajaan yang bersara tidak berani menyertai
parti lawan kerana ugutan dan tekanan yang akan dikenakan kepada mereka.
12. Parti lawan sekarang tidak dapat mengumpul dana untuk urusan
parti. Walaupun ahli dan pemimpin sanggup berkorban untuk membiayai
aktiviti mereka, tetapi untuk pilihan raya wang yang banyak diperlukan.
13. Poster, sepanduk, rapat umum, perjalanan, kempen, bendera dan
bermacam lagi alatan perlu disediakan. Jika kempen yang kerap yang
disertai dengan poster-poster yang menarik tidak diadakan maka pengundi
tidak akan dapat penerangan perjuangan parti lawan serta menafi dan
menolak secara berkesan dakwaan Parti Kerajaan.
14. Kata Najib “Cash is King”, “Wang tunai itu Raja” . Dengan duit
yang banyak yang ada padanya dan penyalahgunaan wang Kerajaan, rakyat
mudah tertipu.
15. Maka benarlah slogan Najib “Cash is King”. Baginya wang akan menentukan kemenangan baginya.
16. Pakatan Harapan dan parti-parti dalam gabungan pembangkang
mungkin tidak ada dana yang cukup. Tetapi dana yang kurang ini diganti
dengan semangat yang kental dan kesanggupan untuk berkorban apa sahaja
demi bangsa, agama dan tanahair. Juga balasan diakhirat kerana berpegang
teguh kepada kebenaran dan menolak kemungkaran.
17. Cash mungkin dianggap sebagai King oleh Najib. Tetapi rasuah
tetap rasuah. Memenangi PRU dengan rasuah masih merupakan rasuah dan
jenayah dalam masyarakat Malaysia. Ia masih juga berdosa disisi agama
Islam.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan