Harap Pusat lulus
peruntukan RTB RM1 bil & bantuan kepada mangsa banjir - KM
BERTAM - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sekali lagi
mempersoalkan bantuan kewangan yang sehingga kini belum diumumkan
Kerajaan Pusat kepada mangsa-mangsa bencana banjir negeri Pulau Pinang.
“Jawapan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan
Kassim di Parlimen pada 6 November lalu menyatakan bahawa sejak tahun
2013 hingga September 2017, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM234,883,470 untuk bantuan mangsa bencana seluruh negara.
“Daripada jumlah itu, Pulau Pinang cuma dapat RM35,500 sahaja. Takkan
Pulau Pinang yang menyumbang 8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) cuma dapat 0.02 peratus daripada jumlah besar. Mana boleh? Kita
(Pulau Pinang) sumbang 8 peratus GDP.
“Yang kita minta ini bukan
kepada Kerajaan Negeri, kita (Kerajaan Negeri) minta untuk mangsa
banjir, mengapa mereka (mangsa banjir) dianaktirikan dan
didiskriminasikan?,” soalnya pada sidang media ketika melawat proses
pemberian Bantuan Khas One-Off Bencana Banjir Kerajaan Negeri Pulau
Pinang bagi Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dekat Pejabat Daerah dan
Tanah SPU, Kepala Batas di sini pagi ini.
Mengulas lanjut, jika Kerajaan Pusat ingin 'membuli' Kerajaan Negeri itu tidak boleh buat apa dan pihaknya sedia terima.
“Tetapi, jangan 'buli' mangsa banjir, itu yang saya minta. (Dan)
sekiranya cakap Pulau Pinang dapat RM35,500, adakah bermakna Pulau
Pinang tidak ada banjir, namun hari-hari kita (Pulau Pinang) dihentam
seakan hari-hari banjir.
“Jadi yang mana satu betul, Pulau Pinang
ada banjir atau tidak? Kalau banjir, kenapa bagi wang begitu sikit
sahaja, ini tidak patut dan tidak adil,” tegasnya yang juga Ahli
Parlimen Bagan.
Mengulas lanjut, Guan Eng turut menuntut Kerajaan
Pusat menyalurkan dana rancangan tebatan banjir (RTB) yang sepatutnya
berjumlah RM1.6 bilion kepada Pulau Pinang.
“Ini (RTB) projek
Federal (Kerajaan Pusat), kalau dia (Pusat) lulus pun, dia (Kerajaan
Pusat) akan bagi kepada kontraktor sendiri, peruntukan ini diluluskan
dahulu hingga sekarang, dan kita (Kerajaan Negeri) cuma minta RM1
bilion, bukan kesemua pun tidak mengapa.
“Saya harap Perdana
Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) boleh luluskan peruntukan tersebut
bersama-sama bantuan kepada mangsa banjir,” serunya.
Pada majlis
tersebut, difahamkan seramai 885 keluarga sekitar SPU menerima bantuan
wang ihsan RM400 yang diperuntukkan khas oleh Kerajaan Negeri untuk
mangsa banjir tempias taufan Doksuri bertarikh 15 September lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan