IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan
kerusi yang ditandinginya sebelum ini kepada Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum
ke-14.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan terlibat.
Perbincangan mengenainya masih berjalan dan telah 80 peratus selesai,
katanya kepada pemberita selepas kenduri rakyat bersempena Jelajah
Keadilan Peduli Rakyat, di sini hari ini.
"Ketika PKR ditubuhkan
pada 1999 PKR diberi kerusi yang dipertandingkan DAP dan PAS, jadi
sudah tiba masanya kita bantu parti baharu seperti PPBM dan Amanah,"
kata Menteri Besar Selangor itu.
-- BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan