‘PPBM, DAP punca Pakatan Harapan belum diluluskan’

PUTRAJAYA: Rombongan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan status pendaftaran Pakatan Harapan hari ini diberitahu gabungan itu belum diluluskan disebabkan masalah dihadapi DAP dan PPBM.

Dr Mahathir diberitahu sedemikian dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim di sini.

“Kalau alasan ini diberitahu awal, boleh kami selesaikan,” katanya kepada pemberita.
Hadir bersama beliau ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

“Kami tidak ada niat untuk bantah atau timbulkan masalah kepada kerajaan. Apa sahaja kehendak kerajaan yang tidak langgar undang-undang, akan kami patuhi,” kata bekas perdana menteri itu.
mahathir-mohamad-barisan-ph-mPada 24 Julai, PH mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada JPPM secara atas talian, dan mengemukakan barisan kepimpinan, logo dan perlembagaannya. Beberapa hari kemudian, JPPM menasihatkan gabungan itu meminda logonya kerana tidak terdapat nama penuh, sebaliknya hanya “Harapan”.

Gabungan 4 parti dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu merancang bertanding di bawah satu simbol pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir turut kesal kerana tidak dapat bertemu Zahid kerana menteri dalam negeri itu sedang berjumpa Datuk Seri Najib Razak.

“Ini mengecewakan kita. Harapan kita dapat jumpa menteri walaupun kementerian tahu kita nak datang hari ini, semua presiden dalam Pakatan Harapan datang.”

Dr Mahathir berkata kelewatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melulusan pendaftaran PH seolah-olah disengajakan.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim berkata masih belum ada sebarang perkembangan terkini mengenai status pendaftaran PH.

DAP dan PPBM baru-baru ini berdepan masalah dengan JPPM melibatkan barisan kepimpinannya.
Pada 12 November, DAP mengadakan sekali lagi mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas diarahkan pihak JPPM.

Sementara PPBM didakwa gagal menyelesaikan beberapa masalah berkaitan nama sayap pemuda dan wanita parti itu. Pemuda PPBM diberi nama “Armada” manakala Wanita PPBM diberi nama “Srikandi”, tetapi ia tidak diiktiraf JPPM kerana tidak dinyatakan dalam perlembagaan parti.

JPPM juga mempersoalkan mesyuarat jawatankuasa khas PPBM yang tidak melibatkan ahli akar umbi.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan