PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh hari ini memberi keterangan hampir 3 jam
di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Beliau yang memberi keterangan sejak 10.00 pagi berkata kehadirannya
di ibu pejabat JPPM itu adalah untuk memberi keterangan susulan beberapa
laporan dibuat kepada JPPM berhubung dakwaan pimpinan tertinggi gagal
mematuhi perlembagaan parti.
Lapan bahagian PPBM Johor membuat laporan kepada JPPM berhubung
perkara itu, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian
PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun
ditubuhkan.
“Saya memberi kerjasama penuh dengan mengemukakan bukti dan
keterangan berdasarkan kepada perlembagaan PPBM. Saya menjelaskan kenapa
sesuatu tindakan dan keputusan diambil,” katanya kepada pemberita
selepas selesai memberi keterangan.
Berhubung sayap pemuda PPBM, Shahruddin berkata Ketua Armada PPBM
Syed Saddiq Abdul Rahman akan hadir memberi keterangan kepada JPPM dalam
masa terdekat.
Minggu lepas, Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim berkata Armada
tidak ada dalam perlembagaan parti itu, justeru penggunaan istilah yang
tiada dalam perlembangaan parti boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah
pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.-FMT
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan