Sivarasa: Pembangkang terperangkap dalam isu politik wang

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PKR hari ini mengakui pembangkang sukar meyakinkan pengundi menolak politik wang, kerana budaya itu terlalu meluas di sesetengah kawasan dan ramai merasakan tidak salah menerimanya daripada calon.

“Sukar memberitahu pengundi miskin terutamanya untuk menolak wang itu walaupun salah. Kamu akan dilihat seperti tidak munasabah kalau kamu beritahu mereka menolak pemberian itu.
“Itulah realiti di lapangan,” kata Sivarasa Rasiah, merujuk kepada situasi sukar yang dihadapi ahli politik pembangkang.

Beliau berkata demikian di forum “It’s Raining Dedak at Election: Who is Watching” hari ini.
Ahli Parlimen Subang itu berkata keadaan itu memaksa pembangkang memberitahu pengundi menerima tawaran wang tunai, tetapi menggesa mereka mengundi “untuk masa depan” dengan menyokong Pakatan Harapan di peti undi.

Sambil mempertahankan taktik menggesa orang ramai menerima wang Barisan Nasional, beliau berkata langkah itu mengekalkan politik wang.

“Oleh itu, respon pembangkang di lapangan juga sebahagian daripada ‘masalah’ politik wang,” katanya.

Sivarasaa berkata rakyat perlu dididik mengapa politik wang itu salah tetapi perjalanannya masih jauh sebelum rakyat menerima perkara itu kerana pemerintahan 6 dekad BN menanam amalan dan nilai sebegitu.

Beliau berkata ubat mengurangkan politik wang ialah melalui undang-undang, melalui pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap amalan seperti itu seperti kesalahan jenayah dan mendakwa pelaku.

“Kita tidak ada cara untuk menghentikan politik wang BN. Kita hanya boleh dedahkan perkara itu. Menghentikannya terletak pada institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.”
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan