Kira-kira 30 orang wakil rakyat dan calon-calon prospektif pilihan
raya Pakatan Harapan, termasuk beberapa penyandang, bakal
mengisytiharkan aset mereka pada Ahad ini.
Mereka adalah antara individu yang dibantu oleh Invoke Malaysia,
kumpulan penggerak dan penyelidikan pengundi yang diasaskan oleh Naib
Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli.
“Mereka juga akan menandatangani akujanji untuk setia berkhidmat
kepada rakyat, termasuklah membayar RM20 juta setiap seorang kepada
sebuah tabung amanah rakyat sekiranya mereka melompat parti setelah
menang.
“Sebarkan seluas-luasnya kepada semua rakyat Malaysia. Sertai
gelombang perubahan untuk #BinaSemulaNegara - bawa keluarga anda untuk
menyertai acara bersejarah ini,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari
ini.
Acara itu akan berlangsung di Summit USJ petang ini sebagai
sebahagian daripada acara “biayaramai” atau "crowdfunding" untuk Invoke.
Invoke berharap untuk mengutip RM5 juta lagi daripada orang ramai
yang akan digunakan untuk membantu 53 calon pada pilihan raya umum akan
datang.
Rafizi berkata jumlah itu akan dibelanjakan untuk sukarelawannya,
penyelenggaraan 17 pejabat di seluruh negara, dan gaji untuk 102
kakitangan.
Beliau menganggarkan bahawa RM3.5 juta akan diperlukan untuk
perbelanjaan operasi bulanan, sementara baki RM1.5 juta akan
dibelanjakan untuk kempen khusus.
Invoke berkempen untuk mengketepikan BN dengan tumpuan ke atas sekitar 50 kerusi parlimen yang dimenangi tipis pada tahun 2013.
“Sekiranya Invoke perlu bertahan sehingga Julai 2018, bermakna Invoke perlu pembiayaan untuk lapan bulan lagi.
“Justeru, Invoke bakal melancarkan kempen pembiayaan daripada orang awam terbesar yang pernah kami usahakan,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan