Zaman Anak Cina Jadi Melayu

Oleh Muhaimin Sulam

Hebatnya Melayu bertoleransi dalam membangun negara bangsa. Usah Melayu ditakrif mengikut fikiran sendiri. Cuba amati Melayu dari sudut Perlembagaan Malaysia. Atau cubalah hayati makna Melayu di balik bait-bait indah puisi Usman Awang.

Kehidupan sukar orang Cina mengadu nasib sebelum Perang Dunia Kedua di Malaya tak terbayang. Menjadi kuli, bekerja siang malam, menumpang kasih, diugut kongsi, diperas pembesar dan bermacam azab hidup berdagang.

Mereka berkebun, bercucuk tanam pada tanah di penghujung kampong. Jauh hidup damai di kampong berbanding jika hidup di bagan, pekan, rumah kongsi. Memang sifat orang Melayu 'dagang lalu, ditanak nasi, suami pulang, perut lapar tak makan' meraikan pedagang, pendatang dan orang luar.

Peperangan merubah banyak perkara. Orang yang dibesarkan zaman lebih 20 tahun Perang Dunia Kedua jiwanya tidak sekeras generasi yang lebih tua atau generasi perang. Semakin jauh sesuatu generasi itu dari zaman perang, generasi itu berahi nak berperang, bersengketa dan memulakan sesuatu yang remeh-temeh untuk berbalah.

Peperangan masih berterusan membara seperti api di dalam sekam. Orang yang membesar dengan karya sastera seperti Sandera, Keluarga Gerilya, Salina dll lebih merasai keperitan perang. Saat perang tercetus, perang membunuh jiwa. Melayu saat tercabut kewarasan, amuk alasannya. Saat itulah juga ada Melayu menjadi pelindung kaum Cina yang terainaya.

Sang ibu terpaksa menyerah anak pada tangan yang sanggup melindung. Saat itulah anak-anak Cina menjadi Melayu!
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan