AMANAH optimis tawan Dun Tokai

Abdullah bersama ARIF membantu penduduk di bendang.
Tidak ada yang mustahil sejak rakyat mulai hilang keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan Umno-BN yang sedang menerajui negeri Kedah.

Ia bukan saja diperlihatkan melalui pelbagai kelemahan yang tidak mampu diatasi oleh kerajaan negeri, sebaliknya pula sokongan yang semakin bercambah diterima oleh Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi Parlimen Pendang.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Kedah, Abdullah Suady Ramadhan Mohd Nasir baru-baru ini.

Abdullah bersama ARIF membantu penduduk di bendang.
Menurut beliau, walaupun Dun Tokai merupakan kubu kuat Pas, namun senario politik terkini telah memperlihatkan bagaimana rakyat Dun Tokai semakin bosan dengan kelemahan kepimpinan wakil rakyat Pas bagi kawasan tersebut.

“Penduduk Dun Tokai kini sedang menilai kembali kewibawaan parti yang bakal bertanding serta kualiti calon yang akan dipersembahkan kepada mereka.

“Mereka kini terbeban dengan kos sara hidup yang amat melampau dan menyusahkan.
“Wakil rakyat Pas yang ada tidak mampu membawa perubahan yang diharapkan termasuklah menyelesaikan isu kemiskinan dan peluang pekerjaan kepada golongan muda dalam Parlimen tersebut,” ujarnya lagi.

AMANAH turut membantu mangsa banjir di Pendang baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, AMANAH kawasan Pendang tetap meneruskan kerja-kerja kebajikan bagi membela nasib rakyat. Ini termasuklah menziarahi golongan yang memerlukan dalam kawasan Parlimen Pendang.

“Kita bukan saja menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada mangsa banjir baru-baru ini, sebaliknya kita mendekati semua golongan masyarakat.

“AMANAH Pendang turut menziarahi golongan kurang upaya, warga emas, ibu tunggal serta anak-anak yatim.

“Selain itu luahan rasa penduduk yang amat kecewa dengan janji BN untuk mewujudkan Hospital Pendang sejak begitu lama, amat mendukacitakan,” jelasnya lagi.

Mendekati warga emas dan penduduk tempatan untuk mendengar dan cuba menyelesaikan permasalahan mereka.
Abdullah yang juga merupakan Penyelaras PH bagi Dun Tokai berkata, dalam kajian dan culaan semasa mendapati lebih 35 ribu pengundi dalam Parlimen Pendang inginkan pembaharuan.

Tegasnya, pengundi bukan saja enggan menerima Pas yang dilihat sedang bersekongkol dengan Umno dan BN yang menzalimi rakyat melalui pelbagai polisi mereka, malah tidak mampu membawa perubahan bagi membela nasib golongan berpendapatan rendah.

“Pengundi Pendang juga sedang menanti janji kerajaan BN untuk merealisasikan impian mereka sejak pilihan raya yang lalu bagi mendapatkan sebuah Hospital baru di Kampung Banggol Pauh seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

“Apa yang ditakuti oleh pengundi ialah Umno-BN akan menabur janji baru tidak lama lagi bagi mendapat sokongan sekali lagi.

“Namun begitu, AMANAH dan PH optimis, pilihan raya umum akan datang akan membawa kejutan yang tidak pernah dijangka oleh Umno-BN maupun Pas,” tambahnya.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan