MENAMAKAN Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim adalah strategi
jelas yang mensasarkan untuk merapatkan Pakatan Harapan kepada penduduk
Melayu luar bandar, kata penganalisis.
Bekas perdana menteri dan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail
dinamakan sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri
pada retreat dua hari di Putrajaya yang berakhir pada Sabtu.
"Sekiranya pakatan mahu mendapatkan undi masyarakat Melayu luar
bandar, ia mungkin berhasil," kata pengarah eksekutif Insitut Asia
Universiti Tasmania, James Chin.
"Menamakan Tun Dr Mahathir merupakan satu langkah bijak kerana mereka
mahu maklumkan kepada pengundi Melayu Umno, sekiranya kamu undi PH,
kamu dapat Umno yang asli, bukan Umno Najib," kata Chin.
Barisan Nasional yang sekian lama menguasai penempatan Felda yang
didominasi masyarakat Melayu, kesemuanya 54 kerusi parlimen di
Semenanjung Malaysia. Dr Mahathir, ketika menjadi perdana menteri selama
22 tahun juga merupakan presiden Umno.
PH, yang diketuai pengerusi Bersatu Dr Mahathir, 93, cuba untuk
membuka laluan ke arah itu dengan mengadakan ceramah yang memfokuskan
topik seperti rasuah dan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad.
Kecuali PKR, semua parti dalam Pakatan Harapan bersetuju dengan
cadangan itu sekiranya pakatan pembangkang menang pilihan raya, yang
mesti diadakan selewat-lewatnya pada Ogos depan.
Tetapi, Chin turut memberi peringatan tentang undi belia.
"Masalahnya ialah, ketika Dr Mahathir mendekati masyarakat Melayu
berusia 40 tahun ke atas, belia Melayu tidak berminat dengannya.
"Belia Melayu merasakan individu yang paling layak dalam PH adalah
Azmin dan Rafizi," kata Chin merujuk kepada Menteri Besar Selangor Azmin
Ali dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang juga merupakan timbalan
presiden dan naib presiden PKR.
"Jika pengundi muda ditanya mengenai perkara ini, saya rasa mereka
tidak akan menerima Dr Mahathir dan Wan Azizah. Mereka mahu orang yang
lebih muda," tamah Chin.
Kebanyakan pengundi pembangkang sudah pun menganggap Dr Mahathir sebagi tokoh peralihan, tambahnya.
"Jangkaan ialah beliau akan ada sehingga Anwar dibebaskan dari penjara."
Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi PH pada Julai. Sementara Anwar
menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat sejak
Februari 2015.
Mencalonkan nama Dr Mahathir sebagai perdana menteri merupakan
strategi yang jelas untuk menangi undi Melayu, PH masih lagi perlu
memberikan hujah kukuh kepada penyokong lain bahawa beliau dan Wan
Azizah kekal sebagai calon terbaik, kata penganalisis politik daripada
Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian.
"Ahli PKR mungkin masih lagi kecewa kerana insiden pemecatan Anwar
pada 1998 dan tidak menunjukkan sokongan terhadap cadangan ini,"
katanya, merujuk kepada peristiwa Anwar dipecat sebagai timbalan perdana
menteri dan digugurkan daripada kerajaan oleh Dr Mahathir.
Pemecatan, sabitan kes liwat pertama Anwar dan gerakan Reformasi,
masih segar dalam ingatan kebanyakan ahli PKR, tambah Sivamurugan.
"Kebanyakan yang menyokong Dr Mahathir kini menentang beliau.
(Kepimpinan) hanya mahu kepastian dan rasional tentang keputusan
menamakan beliau sebagai perdana menteri interim.
"Tetapi apa yang lebih menarik adalah: Di mana Dr Mahathir akan bertanding bagi melayakkan beliau calon PM PH?" tambahnya.
Faktor usia bagaimanapun, harus menimbulkan kebimbangan pengkritik Dr
Mahathir kerana bekas perdana menteri itu akan berpegang kepada kuasa,
kata ketua program pengajian politik Institut Pulau Pinang, Wong Chin
Huat.
"Beliau adalah pilihan yang paling berpecah bagi politik dalam PH.
Memandangkan usia Dr Mahathir, sifat interimnya masih lagi
dipersoalkan," kata Wong.
Berikutan pengalamannya dalam politik Malaysia, Dr Mahathir mungkin
satu-satunya tokoh yang akan menarik sokongan daripada penyokong tegar
Umno dan Barisan Nasional.
"Walaupun pencalonan Dr Mahathir mungkin menyinggung perasaannya
terhadap pertahanan beliau terhadap peraturan masa lalu, beliau juga
menarik segelintir pengundi yang secara konvensional menyokong Umno dan
BN sahaja dan tidak akan menyokong pembangkang melainkan jika ada
kesinambungan yang boleh membuat perubahan rejim lebih mudah diterima
oleh nasionalis Melayu, kawasan pendalaman dan Istana. "
"Pada akhirnya, seperti dalam banyak parti, hanya Umno yang mampu mengalahkan Umno.
"Kejatuhan BN pada pilihan raya sering berounca daripada pembangkang
yang diketuai bekas pemimpin kanan Umno. Pada 1990, Tengku Razaleigh
Hamzah. Pada 1999, 2008 dan 2013, adalah Anwar. Kali ini, pastinya Dr
Mahathir," kata Wong.
Gandingan Azmin-Mukhriz
Seorang penganalisis yang tidak bersetuju dengan langkah yang diambil
PH adalah profesor madya dan penganalisis politik dari Universiti
Malaysia Sarawak Jeniri Aamir, yang berpendapat ia hanya akan membawa
kepada kesan negatif kepada pakatan pembangkang.
Beliau percaya PH telah membuat keputusan salah dengan menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim.
"Saya tidak rasa ia merupakan langkah yang betul yang diambil oleh
PH. Ia akan membawa kesan negatif dari segi bagaimana rakyat melihat PH
secara keseluruhannya.
"Dr Mahathir berada di atas selama 22 tahun dan kini mereka mahu
meletakkannya semula pada posisi itu. Rekod pencapaiannya tidak bagus
dalam tadbir urus yaang baik. Banyak skandal berlaku ketika
pentadbirannya," kata Jeniri.
"Pasti ada calon yang lebih baik berbanding Tun yang sudah berusia 93
tahun. Tidakkah mereka boleh mencadangkan yang lebih baik atau mereka
terdesak dan merasakan hanya Dr Mahathir calon yang layak?"
Jeniri mencadangkan Azmin sebagai perdana menteri interim dan Mukhriz sebagai timbalannya.
"Pada saya beliau (Azmin) menjalankan tugas dengan baik di Selangor.
Beliau merupakan pemimpin yang memandang ke hadapan dan dinamik."
Namun Chin dari Universiti Tasmania berkata, "gabungan Azmin-Mukhriz" tidak akan menjadi.
"Azmin hanya mengawal 60% daripada PKR manakala 40% adalah di bawah
Rafizi. Dan Mukhriz juga tiada sokongan akar umbi. Beliau di sana hanya
kerana Tun Dr Mahathir," kata Chin, dan menjelaskan peletakan jawatan
Mukhriz sebagai menteri besar Kedah pada Februari 2016 selepas
kepimpinan Umno mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap beliau sebagai
ketua kerajaan negeri dan ketua badan perhubungan Umno negeri.
Jeniri berkata, beliau menjangkakan Barisan Nasional akan menang
pilihan raya, tetapi kurang majoriti. Bagi strategi untuk memenangi
sokongan pengundi Melayu, beliau merasakan dengan menamakan Dr Mahathir
sebagai perdana menteri interim kurang berkesan berbanding menyelesaikan
isu kos sara hidup.
"Sebagai kerajaan yang memerintah, BN mempunyai wang dan jentera akar
umbi dan mereka mengawal media. PH sering bercakap mengenai 1MDB, yang
kurang penting kepada penduduk luar bandar. Ia masih lagi berpegang
kepada isu kos sara hidup."
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan