Kerajaan sedia ada sudah semakin meroyan dan tidak lagi mampu untuk membezakan antara membantu dan memaksa.
EKoran kegagalan mereka membandingkan antara mana satu yang dikatakan
membantu umat Islam yang mengerjakan umrah, maka akhirnya cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi suatu yang wajib bagi mereka.
Keraguan ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional,
Faiz Fadzil ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan beg sekolah
kepada pelajar tidak berkemampuan di kawasan Dun Permatang Pasir,
Permatang Pauh pagi ini.
Menurut beliau lagi, sistem pemantauan pengendalian pakej umrah
Malaysia atau sistem ‘Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) yang
dipaksa untuk diterima pakai oleh semua syarikat pengendali umrah dan
ziarah adalah tidak wajar.
Malah katanya, syarikat baru yang ditubuhkan oleh Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan iaitu Lesen Khas Umrah atau LKU merupakan
suatu usaha bagi mengaut keuntungan secara paksa.
“Adalah difahamkan setiap agensi pengendali umrah dipaksa untuk
mendaftar dengan syarikat pengendali iaitu IMAMS dengan dikenakan
bayaran tambahan sebanyak RM90.10
“Menurut laporan pada tahun lalu sahaja sejumlah 240 ribu umat Islam negara ini yang telah mengerjakan umrah.
“Manakala pada tahun ini pula dianggarkan meningkat sebanyak 50 ribu lagi menjadikan seramai 290 ribu orang,” ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, tindakan kerajaan menguatkuasakan undang-undang tersebut adalah melampau dan tidak seharusnya dilaksanakan.
Beliau juga berkata, sepatutnya kerajaan tidak lagi menyusahkan umat
Islam melalui cukai GST yang telah begitu lama ditolak oleh rakyat.
“Mengenakan cukai GST seolah-olah menyumbat mulut rakyat dengan bola yang sama sendat walaupun untuk perkara ibadah.
“Sekali gus ia memperlihatkan bagaimana kerajaan pimpinan Umno-BN semakin terdesak untuk mengutip wang daripada rakyat.
“Mereka bukan sahaja sampai hati untuk menekan dan mengutip cukai GST
daripada murid sekolah, warga emas, pelajar IPT dan golongan miskin,
sebaliknya begitu berani memaksa jemaah umrah yang hendak ke Baitullah
membayar tambahan,” jelasnya.
Oleh kerana itu katanya, syarat baru yang dikenakan oleh Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan dengan menguatkuasakan IMAMS mulai 15
Disember adalah suatu yang malang bagi umat Islam negara ini.
“Sudahlah kos barangan meningkat dan semakin mahal, tiba-tiba GST pula dikenakan kepada umat Islam oleh kerajaan kini.
“Amanah menentang keras penambahan cukai yang dikenakan tersebut kerana ia amat membebankan.
“Justeru, rakyat mesti sedar dan bangkit untuk menolak kerajaan yang
ada, kerana mereka bukannya cuba membantu rakyat, sebaliknya cuba
mengaut keuntungan atas keperitan yang ditanggung oleh golongan
marhaen,” tambahnya lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan