Islam Adalah Rahmat Semesta Alam

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Adakah Islam adalah rahmat untuk semesta alam (Rahmatun Li al-'Alamin)? Sudah tentu ya, tetapi mengapa ditanya? Sudah tentu kerana ada pihak beranggapan, kenyataan Islam adalah rahmat untuk semesta alam tidak wujud dalam al-Quran. Kenyataan yang wujud ialah, Rasulullah adalah rahmat utk semesta alam.

2. Atas alasan itu, penggunaan ungkapan Islam adalah rahmat untuk semesta alam adalah tidak betul, kerana ia tidak wujud secara harfiah di dalam al-Quran. Ungkapan ini sengaja direka-reka oleh golongan tertentu yang kononnya punya agenda Islam untuk menyorokkan agenda penyebaran faham liberal dalam kalangan masyarakat Islam.

3. Jawapan sepintas kepada dakwaan itu ialah, tidak semestinya sesuatu kenyataan yg tidak wujud secara harfiah dalam al-Quran dikira salah dan tak boleh dipakai. Misalnya, ungkapan Islam agama rasmi persekutuan Malaysia, tidak wujud dalam al-Quran. Namun begitu, ungkapan itu betul mengikut perlembagaan. Tiada sesiapa pun mendakwa ungkapan itu salah dan tidak boleh digunapakai.

4. Dua nama Allah yg utama selepas lafaz al-Jalalah yakni Allah ialah nama ar-Rahman dan ar-Rahim. Kedua-dua nama itu berakarkan kata ar-rahmah. Al-Quran menyebutkan, rahmat Allah meliputi segenap sesuatu, tanpa kecuali.

5. Sementara kenyataan Rasulullah adalah rahmat utk semesta alam, juga berdasarkan penegasan al-Quran. Pengutusan baginda menjadikan alam ini, sama ada alam makhluk berakal atau sebaliknya senantiasa di bawah naungan kasih-sayang, keselamatan dan pembelaan.

6. Islam adalah agama daripada Allah yg bernama ar-Rahman dan ar-Rahim dan disampaikan oleh Rasulullah yg menjadi rahmat utk semesta alam. Maka, sudah tentulah Islam adalah rahmat walau pun tiada penegasan langsung secara harfiah mengenainya oleh al-Quran.

7. Mana mungkin Islam bukan rahmat padahal ia datang drpd Tuhan yang bernama ar-Rahman dan ar-Rahim, seterusnya disampaikan pula oleh Rasul yg menjadi rahmat utk semesta alam. Tentu mustahil Allah menurunkan sesuatu yg bukan rahmat, dan Rasul-Nya pula membawa sesuatu yg bukan rahmat utk alam ini.

8. Justeru, kenyataan Islam adalah rahmat utk semesta alam menepati al-Quran, sunnah dan menepati realiti. Penggunaannya berupaya menyerlahkan keindahan Islam sebagai agama yg mempromosi keharmonian, keselamatan, kasih-sayang dan pembelaan ke atas semua makhluk.

9. Anggapan bahawa penggunaan kenyataan itu beragenda liberal, boleh dikira sebagai sesuatu yang lahir drpd golongan yang bimbang akan kehilangan tempat bergantung sumber kehidupan jika kuasa politik parti yg sedang berkuasa kini hilang. Dalam ungkapan mudah, jika Umno / BN tewas, pihak-pihak yg bergantung hidup dengannya akan turut menelan kepahitan akibat kekalahan itu.

10. Oleh hal yang demikian, apa saja perkara yg boleh menggugat kedudukan Umno / BN, walau pun perkara itu benar, ia perlu diputar, kemudian ditular sebagai salah dan bahaya. Pendokongya pula akan dilabel penggugat dan pengancam kedudukan Islam yang dirangkum dalam istilah liberalis.

11. Melalui labelan sebegitu, bara sentimen keagamaan melulu sebagai senjata politik Umno ditiup utk menarik perhatian pencinta agama supaya terus mengundi Umno / BN. Hal ini kerana, pihak-pihak berkenaan arif, bara itu bakal terpadam dengan kefahaman dan penghayatan Islam sebagai rahmat utk semesta alam.

12. Pendokong konsep itu akan lebih mudah diterima oleh masyarakat kerana ia dirasa lebih mesra dan harmoni. Apabila Islam dipamerkan sebagai cara hidup yg merai serta mengiktiraf kewujudan dan hak semua pihak, maka tentulah pihak-pihak yg selama ini bergayut dgn isu-isu sentimen keagamaan melulu itu akan ditolak oleh masyarakat.

13. Maka, mereka yg memilih kenyataan Islam Rahmatun Li al-'Alamin sebagai paksi perjuangan perlu dilabel liberalis, supaya mereka ditolak kerana kononnya membawa agenda yg menggugat kedudukan Islam dalam negara ini. Kononnya, mereka memanipulasi ungkapan itu untuk melekangkan masyarakat drpd terikat dgn agama secara sedikit demi sedikit.

14. Hakikatnya, melalui konsep itu, dalam konteks negara ini, kita mempromosikan pengembalian hak kepada warganegaranya tanpa sempadan agama. Sesiapa saja, walau apa pun agama anutannya, haknya sebagai warganegara utk hidup aman, merdeka, suaranya didengar dan mendapat keadilan dalam semua sektor kehidupan diperjuangkan.

15. Dakwaan pihak-pihak berkenaan bahawa konsep ini punya agenda tersirat untuk melekangkan masyarakat Islam daripada agamanya adalah sembrono. Menjalin hubungan baik dengan semua pihak dalam usaha mengembalikan hak rakyat yang dirampok oleh penguasa bobrok termasuk dalam kerangka konsep Islam sebagai rahmat untuk semesta alam.

16. Jika itu dikira agenda liberal, adakah menentang usaha sebegitu dikira agenda Islam? Merestui dan membiarkan penguasa bobrok terus merompak hak rakyat adalah agenda Islam? Islam versi siapakah begitu?

17. Konsep Islam adalah rahmat untuk semesta alam mesti terus dipromosi, didokong dan diperkasakan kefahamannya dalam masyarakat. Perbezaan agama dan kepercayaan antara muslim dan non muslim bukanlah jurang pemisah untuk tidak bekerjasama dan hidup dalam harmoni.

18.Orang Islam mesti sentiasa menampilkan Islam dalam wajahnya yang penuh rahmat sebagai langkah dakwah supaya Islam diterima tanpa sebarang prasangka.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan