Kerajaan Negeri Selangor tidak benarkan naik taraf mana-mana projek
rumah kos rendah rendah atau Rumah Selangorku oleh pemaju yang bertujuan
untuk mengaburi mata pembeli dalam usaha untuk menaik kos rumah yang
dibina di negeri ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan BandarNegeri
Selangor Datuk Iskandar Samad berkata, Kerajaan Negeri telah menerima
aduan bahawa terdapat pemaju yang memaksa malah mengugut para pembeli
agar menerima pakej “upgrading” dengan bayaran tambahan sehingga
RM30,000.
Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenarkan mana-mana pemaju
menaikkan harga Rumah Kos Rendah ( atau Rumah Selangorku Jenis A ) yang
mesti dijual dengan harga RM42,000 atau RM35,000 sebuah bagi bekas
peneroka bandar yang layak.
“Dengan pakej “upgrading” ini pembeli kononnya akan mendapat kemasan
lantai, kemasan dinding, siling dan kelengkapan rumah yang lebih baik.
“Walau bagaimanapun pembeli berkemungkinan boleh mendapat “upgrading”
ini dengan harga yang lebih murah jika melantik kontraktor mereka
sendiri,” ujarnya dalam kenyataan.
Justeru katanya, pembeli perlu melaporkan kepada Lembaga Perumahan
Dan Hartanah Selangor jika terdapat pemaju yang memaksa mereka menerima
pakej tersebut.
Bahkan ujarnya, Pemaju juga tidak boleh mengugut untuk membatalkan
perjanjian jual-beli pembeli jika mereka enggan menerima pakej itu.
Pembeli-pembeli juga dinasihatkan supaya membuat laporan Polis jika
pemaju memaksa mereka dengan menggunakan kekerasan atau ahli-ahli kongsi
gelap.
“Pakej “upgrading” ini merupakan taktik yang licik pemaju untuk menaikkan harga Rumah Kos Rendah.
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri akan bertindak
tegas terhadap para pemaju yang memaksa pembeli-pembeli,” ujarnya.
Di antara tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti:
1.Mengeluarkan notis berhenti kerja ( stop work order ) untuk
projek-projek pemaju yang terlibat sama ada projek Rumah Selangorku atau
projek rumah harga bebas.
2. Menahan kelulusan Kebenaran Merancang atau kelulusan Pelan
Bangunan untuk projek Rumah Selangorku atau projek rumah harga bebas.
Kerajaan Negeri ujarnya lagi, berharap Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan juga akan mengambil tindakan
yang tegas seperti menarik balik atau menggantung lesen pemaju terbabit.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan