Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengisytihar
keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.
Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu dengan sembilan lagi negara menyokong.
Sejumlah 35 negara mengambil pendirian berkecuali manakala wakil 21 negara lagi tidak hadir.
Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan sebagai satu
kemenangan untuk rakyat Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih
rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.
Terdahulu, sebelum pengundian membabitkan 193 negara itu, AS menerusi
dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump
untuk memotong bantuan kewangan mana-mana negara yang menyokong resolusi
berkenaan.
Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan memberi
kesan terhadap rancangan Washington untuk memindahkan kedutaannya dari
Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan