Adakah anda seorang pelajar lepasan SPM? Berada dalam sebuah kumpulan
Nasyid? Atau mempunyai minat dalam menulis lagu-lagu berbentuk
ketuhanan? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program “Muzik Itu
Mudah…Islam Itu Indah”.
Program “Muzik Itu Mudah…Islam Itu Indah” adalah sebuah program yang
menerapkan asas muzik yang unik berteraskan konsep teori dan praktikal
dimana struktur program ini akan mengupas perjalanan penulisan sesebuah
karya muzik nasyid dan lagu-lagu berbentuk ketuhanan dari peringkat
asas.
Ini dikuatkan lagi dengan pengsijilan daripada Associated Board of
the Royal School of Music (ABRSM) yang mana kesemua peserta yang
terlibat akan berpeluang menduduki peperiksaan muzik bertaraf
antarabangsa ini.
Program yang komprehensif ini juga akan melatih anda untuk mempunyai
kemahiran dalam bermain pelbagai alat-alat muzik Nasyid seperti bonggo,
kompang, gendang dan lain-lain lagi agar karya yang anda bakal hasilkan
mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.
Bukan itu sahaja…!!!
Bagi peserta yang terpilih dan menunjukkan prestasi yang cemerlang,
pihak penganjur akan mengadakan satu kolaborasi dengan pelbagai pihak
untuk mengetengahkan karya dan bakat anda. Jadi apa tunggu lagi? Marilah
sertai program ini dan sama-sama kita warnai industri muzik negara.
FAQ
1) Bilakah tarikh tutup pernyertaan?
– Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2017
2) Siapakah yang layak untuk memohon?
– Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai golongan, namun lebih memberi ruang
kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan juga golongan ASNAF yang ingin menceburi bidang ini
3) ABRSM?
– ABRSM adalah sebuah badan peperiksaan yang berasal dari Eropah dimana rangkaian peserta yang
mengambil peperiksaan yang dikendalikan oleh badan ini sudah mencecah 60,000 peserta dari
pelbagai negara setiap tahun. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://my.abrsm.org/en/home
4) Apakah gred/tahap peperiksaan yang akan diambil?
– Semua peserta yang mengikuti program ini akan diserap dengan ilmu teori muzik dari tahap 1
sehingga tahap 5 (daripada 8 tahap yang disediakan) https://my.abrsm.org/en/our-exams/#piano
5) Berapa lamakah durasi program ini berjalan?
– Program ini akan dikendalikan selama 4 bulan (bermula dari Januari 2018 hingga April 2018)
6) Berapa kalikah kelas akan diadakan dalam sebulan?
– Kelas teori dan praktikal akan diadakan dua atau tiga kali seminggu (maksudnya 8 – 10 kali sebulan)
7) Di manakah kelas ini akan dikendalikan?
– Kelas ini akan dikendalikan di Tingkat 3, Blok 1, Pusat Perniagaan Worlwide, Jalan Tinju 13/50,
Seksyen 13, Shah Alam
8) Berapakah yuran yang dikenakan bagi mengikuti program ini?
– Pihak penganjur telah meletakkan yuran sebanyak RM 2000.00 bagi seorang peserta (merangkumi
semua kelas, makan & minum selama 4 bulan)
9) Jika saya berminat, tetapi tidak mampu untuk membayar yuran?
– Sila kemukakan permohonan bantuan kewangan di Pejabat ADUN di alamat No 1B, Tingkat 2, Blok
1, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Tinju 13/50, Seksyen Shah Alam atau hubungi kami di talian :
+603-5523 8787 (Tertakhluk kepada terma dan syarat kelayakan yang ditetapkan)
10) Adakah program ini mengetengahkan genre yang specifik?
– Amnya, teori muzik adalah umum, namun pihak penganjur ingin mengetengahkan konsep
penghasilan muzik nasyid dan lagu-lagu berbentuk ketuhanan. Maka peserta boleh mempelajari
asas muzik dan juga asas muzik yang berbentuk ketuhanan
11) Bilakah permohonan akan dibuka?
– Permohonan akan dibuka mulai 4 Disember 2017
12) Di manakah saya boleh mendapatkan borang pendaftaran bagi mengikuti program ini?
– Bagi yang berminat, sila hubungi saudara Wan Suhairi (Pendaftaran) di talian (+6) 013-539 4997
untuk keterangan lanjut).
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan