OLEH DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Dunia mengenali perkataan AMAN, DAMAI atau PEACE dalam berbagai
bahasa. Peperangan diisytiharkan atas nama mahu membawa keamanan dan
dalam proses itu meninggalkan berjuta mayat bergelimpangan dan negara
yang hancur musnah. Allah berfirman:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana
dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya Kami
orang-orang yang hanya membuat kebaikan.” (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 11)
Apakah dunia akan aman tanpa peperangan ataukah dunia akan jadi aman
melalui peperangan?
Bukankah sepanjang sejarah tamadun manusia
peperangan menjadi sebab kepada wujudnya kedamaian? Tidak ada dalam
sesuatu masa pada sesuatu ketika dunia tidak aman daripada peperangan
melainkan peperangan akan berlaku.
Pertembungan Rom lwn Farsi, Farsi lwn Mesir, Rom lwn Islam, Islam lwn
Farsi, Salib lwn Islam, peperangan Eropah atas nama agama Kristian dan
peperangan Eropah atas nama agama Kristian dan peperangan dunia I dan
II. Post perang dunia di Vietnam, Korea Utara, Perang Telok I dan II,
Arab lwn Israel dan kini Syria, Yemen berterusan tanpa henti.
Apakah Aman atau Damai satu utopia? Saya tidak pasti apakah perkataan
‘utopia’ itu terlalu berlebihan pilihan perkatannya kerana ia mirip
kepada satu khayalan dan dengan itu, jika terima kenyataan ini, ia
bermakna kita tidak percaya bahawa Damai itu sesuatu yang boleh dicapai.
Saya mengatakan tidak sedemikian, Damai mampu tercapai, persoalannya
ialah untuk siapa dan kepada siapa ia boleh terlaksana?
Kita hanya perlu mencari sebab mengapa peperangan berlaku apa faktor
dan cetusannya? Sepanjang sejarah tamadun manusia para penganalisis
meletakkan faktor sumber adalah merupakan sebab peperangan berlaku.
Dalam sebuah buku ‘A World Without Islam’ pengarangnya Graham E Fuller
menyatakan, tanpa peperangan Islam dengan kuasa Rom Farsi dan Kristian
Eropah, konfik antara kuasa besar kerana berebut sumber akan tetap
berlaku.
Kenyataan ini seolah-olah menyatakan bahawa agama atau perjuangan
taksub kaum bukanlah penyebab kepada peperangan tetapi ia lebih kepada
perebutan sumber bagi mengekalkan bekalan untuk empayar masing-masing
yang semakin membesar termasuk mengutip termasuk mengutip cukai untuk
mengisi kantung empayar.
Asas pemikiran Graham seolah-olah ingin membuktikan bahawa peperangan
atas tujuan agama tiada kaitan dengan konflik dunia, peperangan adalah
tentang perebutan sumber. Sekurang-kurangnya teori Graham tentang
konflik dunia melegakan kita semua bahawa agama atau ketaksuban ras
bukanlah pencetus konflik. Ini bermakna peluang kedamaian masih cerah
jika masalah sumber dunia dapat diatasi dengan bijaksana.
Kalau kita menerima perebutan sumber adalah punca utama, mengapa
kalau begitu agama menjadi simbol dan retorik peperangan, mengapa
supremasi kaum menjadi dendangan dan paluan perang? Bukankah Perang
Salib meletakkan simbol agama sebagai dorongan? Bukankah Hitler
mendoktrinkan untuk kegemilangan bangsa Aryan sebagai paluan perangnya?
Saya boleh bersetuju dengan Graham bahawa tujuan konflik adalah isu
sumber dan untuk mobilisasi rakyat ke arah isu agama dan kaum digunakan.
Dengan kata lain agama dan ketaksuban kaum bukanlah dipercayai sebagai
objektif tetapi hanyalah dieksploitasi untuk tujuan lebih besar iaitu
mengekalkan kuasa yang ada.
Oleh kerana agama dan sentimen kaum itu lebih dekat di hati orang
awam dan lebih mudah ‘disamarkan’ menjadi objektif utama, maka jadilah
agama dan kaum itu sebagai ‘sebab’ untuk melancarkan peperangan. Walhal
ia sebenarnya hanyalah topeng!
Saya tetap menamakan agama dan kaum sebagai sebab konflik dan
permusuhan kerana tabiat intrinsik agama adalah untuk mencapai kedamaian
dan hidup secara rukun antara berbagai agama yang wujud. Saya tidak
fikir ada agama yang secara intrinsiknya mendedahkan dirinya menjadi
punca kemusnahan dan kerosakan atau fasad.
Tujuan besar agama atau Maqasid Ad Din adalah Membaiki Kerosakan,
Memastikan Keadilan Tertegak dan Memuliakan Manusia. Jika kita
berpendapat ‘agama’ menyuruh kita berperang maka hakikat agama itu
sendiri telah hilang identitinya dan apabila identiti agama hilang, ia
tidak layak dipanggil agama lagi. Mereka yang berkata ‘perang kerana
agama’ sebenarnya berkata ‘perang kerana hawa nafsu!’ Itulah wajah
sebenar mereka.
Satu lagi sebab mengapa pihak tertentu khususnya yang berkuasa dan
idamkan kuasa ‘tergoda’ menggunakan agama dan kaum ialah adanya faktor
azali iaitu ‘supply dan demand’. Sepanjang sejarah, ada kelompok
‘penunggang agama dan kaum’ yang menawarkan ‘khidmat’ mereka. Mereka
sebenarnya tidak mewaikili ‘agama’ atau ‘kaum’ tetapi hanyalah ‘pedagang
agama’ menjaja atas nama Jesus atau Muhammad atau Buddha atau Shiva.
Mereka sebenarnya memperdagangkan ‘agama’ untuk tujuan dunia tetapi
oleh kerana ia diramuankan dengan wajah agama dan simbolnya maka orang
ramai terpukau. Suasana ini digambarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai
suasana ‘Fitnah’ bahawa seseorang itu tidak dapat bezakan antara
suruhan agama dan larangannya sehingga Nabi menyebut:
“…Siang menjadi mukmin, malam menjadi kafir, adakalanya Malam menjadi
mukmin dan siang menjadi kafir..” malah Nabi menyebut sebabnya amat
jelas: “Seseorang menjual agamanya dengan (harga tertentu) dengan tujuan
mendapat habuan dunia yang sedikit” (Hadith riwayat Muslim)
Hadis di atas sering dikaitkan dengan berbagai fitnah yang
dimaksudkan dengan makna ‘ujian’ di akhir zaman kerana nipisnya iman. Ia
betul, tetapi hasrat utama Hadis ini pada penghujungnya adalah untuk
memberi peringatan golongan yang disebut khusus iaitu dia menjual
agamanya untuk tujuan dunia yang sedikit.
Orang awam yang nipis imannya dengan berbagai maksiat sukar
menjustifikasi dengan alasan agama tetapi golongan agamawan, pendita,
padri mahupun ulamak, mereka ada kemampuan berhujahkan alasan agama.
Mereka lebih layak dalam hadis ini dikaitkan dengan ‘menjual agama’
bukan untuk maksiat zina atau minum arak tetapi menggunakan agama
sebagai bahan jualan.
Selagi kelompok ini ada di pasaran para penguasa mendapati bekalan
yang cukup untuk menyemarakkan semangat bagi mencapai hasrat merebut
sumber. Maka berlakukah ‘peperangan atas nama agama’.
Ada juga usaha untuk menggunakan nama agama dengan ‘mensongsangkan’
agama daripada makna penghayatan kedamaian kepada permusuhan. Caranya
ialah dengan mendoktrinkan pengasingan dan isolasi tanpa disedari
seperti ‘teori konspirasi’, mengkategorikan kerakyatan kepada harbi dan
zimmi serta sentiasa prejudis sesama warganegara. Tanpa disedari
‘pedagang agama’ menimbulkan sikap pengasingan diri sedikit demi sedikit
ke atas pengikutnya dalam realiti masyarakat majmuk.
Ini semua dilakukan atas nama Islam merujuk kepada ‘hukum-hukum fiqh’
yang tidak kontekstual tetapi sekadar tekstual. Dari penghayatan agama
yang sekadar tekstual. Dari penghayatan agama yang sepatutnya
menghasilkan peribadi inklusif, hormat sesama insan, ‘hidup beragama’
menjadi eksklusif, isolasi dan hubungan kebencian.
Jika agama dan kaum hanyalah eksploitasi untuk tujuan merebut sumber,
kita hanya perlu menyelesaikan dua perkara demi mencapai kedamaian.
Pertama menguruskan perebutan sumber dan mengembalikan erti keberagamaan
sebenar.
Mengurus sumber dunia mesti dimulakan dengan set minda yang jelas,
iaitu dunia harus berpindah daripada penggunaan sumber yang semakin
kehabisan kepada sumber yang lebih lestari atau sustainable. Sumber
tenaga guna semula mampu mengelakkan kebergantungan sumber tenaga fosil
yang dijangka akan sampai tahap kekurangan kalaupun tidak kehabisan
total dalam 2030. Usaha pembangunan dalam kerangka pemikiran lestari
atau Sustainable Developement Growth (SDG) mengurangkan stress faktor
sumber yang semakin kehabisan lantaran mampu mengelakkan peperangan
perebutan sumber.
Bagi menangani isu agama, kita perlu kembali kepada makna beragama
yang sebenar yang sarat dengan erti kedamaian, kemanusiaan dan membela
keadilan tanpa mengenal batas kaum dan agama. Tiada siapa yang eksklusif
dalam soal dosa pahala, keilmuan adalah eksklusif dalam soal dosa
pahala, keilmuan adalah kelebihan untuk menyampaikan kepada orang ramai
dengan hikmah dan menyebarkan erti kemanusiaan dan rahmat Islam.
Keilmuan bukan alasan untuk menghukum atau mengkufurkan sesiapa sesuka
hati. Kaedah daripada kalangan agamawan sebegini menyumbang kepada agama
diradikalisasikan dan punca kepada perpecahan dalam masyarakat.
Jambatan kedamaian ialah dengan berdialog dan menghentikan cacian
antara agama dan kaum. Kita tidak boleh membiarkan cacian dan makian
antara kaum dan agama menjadi norma budaya kita malah perlu dianggap
perbuatan tidak bertamadun ini sebagai satu jenayah.
Islam sarat dengan mesej hidup rukun dan damai antara agama. Malah
perkataan Islam adalah dari makna salam iaitu damai. Mesej Islam yang
harmonis diucapkan dalam ucapan salam. Allah menuntut hambanya dengan
membalas ucapan baik dengan sesuatu yang lebih baik atau seumpamanya.
Peribadi muslim sejati ialah peribadi yang suka buat baik dan
melarang membuat kerosakan. Begitu juga Allah melarang membunuh satu
nyawa manusia sesuka hati kerana perbuatan tersebut adalah seumpama kita
membunuh seluruh nyawa manusia di bumi. Memelihara satu nyawa melalui
kedamaian di bumi. Memelihara satu nyawa melalui kedamaian adalah
seumpama kita menghidupkan nyawa manusia keseluruhannya.
Penghayatan di atas adalah perjuangan besar untuk memacakkan panji
kedamaian. Dalam dunia yang penuh konflik dan berdarah mesej 2018 ini
adalah besar makna dan nilainya. Dunia akan lebih aman tanpa perebutan
sumber yang semakin kehabisan dan menuju kepada bingkai fikir
Pembangunan Lestari.
Kepada penunggang agama dan kaum, mesej ini adalah amaran agar jangan
bermain dengan api kelak ia akan membakar diri sendiri. Pilihlah
kedamaian pasti tiada yang dianiyai, SELAMAT TAHUN BARU 2018.
“HARAPAN UNTUK SEMUA”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan