Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Rahman berkata, SPR terpaksa ‘kitar semula’ daftar pemilih
tahun 1994 dan 2004 yang dikatakan telah dilupuskan semata-mata terpaksa
bersekongkol dengan kerajaan untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).
“Sebenarnya kerajaan kitar semula daftar pemilih yang dikatakan telah dipadamkan itu untuk menghadapi PRU14 nanti.
“Saya adalah pengerusi SPR dahulu, saya tidak pernah lakukan (memadamkan data).
“Hakim dan SPR pakat dengan kerajaan secara terang menolak afidavit
rayuan kerajaan Selangor,” ujarnya ketika ucapan pengulungan pada
Mesyuarat Agung Pertama parti itu semalam.
Rashid yang merupakan pengerusi SPR dari 2000 hingga 2008 dan pernah dilantik Setiausaha SPR dari 1979 hingga 1995.
Beliau berkata, amat perlu Pakatan Harapan menerima cadangan
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendesak kerajaan membawa
pemerhati daripada agensi PPB dan Sekretariat Komenwel pada PRU14 akan
datang.
Beliau yakin dalam tempoh terdekat ini kerajaan akan menyasarkan
daftar pengundi khususnya di Selangor untuk merampas semula negeri itu
di bawah pakatan pembangkang dengan kitar semula 326,272 daftar pemilih
yang dikatakan SPR sudah dilupuskan itu.
“Tunggulah dalam tempoh sebulan ini akan dijalankan sasaran mereka di Selangor kerana negeri ini kaya.
“Apapun yang akan dilakukan Najib sekarang kita mesti mempertahan
pilihan raya dan perlu membuat beberapa desakan terhadap kerajaan,”
ujarnya.
Beliau mencadangkan agar undi Pos tidak lagi disimpan di markas
tentera atau dilokap balai untuk tempoh pengiraan undi sebagaimana
kebiasaan dilaksanakan oleh SPR.
“Tidak ada satu peti undi awal (undi pos) dibenarkan disimpan di
markas tentera dan di lokap balai kerana ia tidak dijamin selamat kerana
peti undi itu akan ditukar.
“Di bawah pemantauan agensi seperti Komenwel Skretariat di bawah PBB
mereka akan menjadi pemerhati dan pemantau dalam PRU14 kali ini yang
dikatakan satu pilihan raya yang cukup genting akan diadakan.
“Keunikannya kerana pemimpin yang dia (Najib) tahu sudah tersedia tempat di Sungai Buluh jika PRU kali ini partinya kalah.
“Kita akan minta peti undi ini di simpan di dewan-dewan daerah diseluruh negara, orang kita akan jaga di waktu malam.
“Kita tidak boleh benarkan penipuan ini berlarutan.Cukuplah.Najib
dilindungi undang-undang kerana ramai yang sedia membantunya untuk
menidakkan apa yang Najib lakukan, hakim lebih mendengar di sebelah sana
(kerajaan).
“Kesian SPR kena ‘jilat-jilat’ untuk hidup kerana nak mengembangkan sayap Najib.
“Sebanyak empat pilihan raya saya kendalikan di bawah Tun Dr
Mahathir…tanyalah Tun yang masih ada lagi ni, pernahkah dia suruh saya
tipu?
“Tak payah nak tipu tuan-tuan jika kerajaan itu adil dan saksama
kepada rakyat. Sebanyak 3juta majoriti kerajaan menang kerana pada masa
itu negara membangun rakyat tak perlu khuatir.
“Hari ini nak jumpa Pengerusi SPR pun susah,” ujarnya.
Abdul Rashid bercakap sedemikian di hadapan 983 perwakilan susulan
Kerajaan negeri dalam saman yang difailkan tahun lepas mendakwa SPR
menyalahi Perlembagaan Persekutuan dalam persempadanan semula kawasan
pilihan raya.
Kerajaan negeri dan SPR ke Mahkamah Rayuan untuk membuat rayuan
berhubung satu permohonan penzahiran, termasuk maklumat mengenai 136,272
pengundi.
Mahkamah Rayuan, pada 20 Julai lalu, membenarkan rayuan SPR yang
suruhanjaya tidak perlu memberikan kod lokaliti dan nama 136,272
pengundi dalam persempadanan semula 1994 dan 2003 kepada kerajaan
negeri.
Di Mahkamah Rayuan, peguam kerajaan Amarjeet Singh memberitahu para
hakim data SPR yang diminta kerajaan negeri itu sudah dilupuskan kerana
jabatan kerajaan tidak menyimpan rekod selepas 7 tahun.
Sepanjang berkhidmat dengan SPR, Abdul Rashid berkata beliau menyelia 3 persempadanan semula, termasuk pada 1994 dan 2003.
Selaku setiausaha dan pengerusi dari 1979 hingga 1995 , beliau tidak
pernah memberi kelulusan, dan tidak sedar ada permohonan untuk
melupuskan alamat pengundi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan