Gelak, king maker dan psikik Melayu.

Oleh Arif Atan

Suara masyarakat bukan Islam jelas semakin tidak senang dengan dasar ekstrem pimpinan Pas mengeksploitasi sentimen Melayu-Islam.

Bila membaca komentar ini, teringat perbualan dengan seorang kawan Cina asal Kedah yang kini tinggal di Petaling Jaya, dulu sama-sama di UM meluahkan isi hatinya, "Aku menyesal betul angkat bendera Pas masa election lepas (PRU-13)!".

 Saya sekadar gelakkan dia dan dia pun gelakkan saya sebab dia pasti saya lagi 'gila' menyesal sebab pernah bekerja di organ parti Pas - Harakah! 
 
Malangnya, hari ini pimpinan Pas terus bersikap melampaui batas walaupun larangan 'melampaui batas' kerap diingatkan dalam al-Quran. Pimpinan Pas keterlaluan menabur angan dan mimpi kepada penyokongnya konon mampu berperanan sebagai 'king maker' dengan buat himpunan bela Palestin kononnya di Putrajaya selain 'ulama' dia sudah dijemput sepentas forum agama di TV1!


Padahal, keputusan PRU 2008 dan 2013 cukup membuktikan kerusi campuran yang memberi kemenangan kepada calon Pas.

Kalau tanpa undi bukan Melayu-Islam, Pas tak merasa jadi Adun dan Ahli Parlimen pun. Malah, Pas sendiri tidak arif tentang pemikiran dan budaya masyarakat Melayu yang rata-rata psikiknya bersederhana. Walaupun Islam itu sudah sinonim dengan Melayu, tetapi Melayu secara amnya tidak melampau faham kaum dan agamanya.

Kalau tidak, tentu negeri majoriti Melayu seperti Terengganu dan Kedah juga kawasan luar bandar di Perak, Johor dan utara Selangor sudah lama jadi deposit tetap Pas sebab termakan dengan agama yang 'dijual' oleh Pas! Pahit? Itulah realiti yang cuba Pas nafi.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. umno semakin perompak.. maka akhirnya keresahan rakyat diberi kemenangan dlm PRU14

    pas jika semakin khawarijism dan syiahism mengkafir memusuhi org lain yg bkn pas, maka tunggulah saatnya rakyat humban mcm bn.

    bygkan hanya kerana jadi calon Amanah maka Nik Omar diboikot. sedangkan apa yg diperjuangkan itu benar dan baik. begitu sekali jumudnya kepimpinan pas terhadap islam.

    BalasPadam