DR Mahathir hari ini menyuarakan rasa terkejutnya, atau mungkin
menyindir pihak tertentu apabila timbul desas-desus rakyat yang
menyamakan pilihan raya seperti memilih antara Pepsi atau Coca Cola.
Bagi menjelaskan maksudnya tentang pentingnya mengundi, Dr Mahathir
secara sinis memberi perumpaan perbandingan antara Proton dan Rolls
Royce.
“Begitu rendahkah kebolehan kita berfikir dan membuat bandingan? Jika
ditanya antara Proton dengan Rolls Royce, yang mana satu yang nak
dipilih?
“Mana-mana sahajalah. Apa bezanya antara Proton dengan Rolls Royce.
Kedua-duanya kereta bermotor, tak lebih dari itu,” tulis Dr Mahathir
melalui laman blognya hari ini.
Dr Mahathir menambah rencah sindirannya dengan berkata supaya tidak
membeli kedua-dua jenis kenderaan itu, sebaliknya “lebih baik berjalan
kaki.”
“Tetapi semasa melintas jalan sahabat ini tergilis dengan sebuah
kereta, kereta Rolls Royce. Dia tak tahu kerana dah maut. Sebenarnya
Rolls Royce itu dipandu pencuri kereta itu.
“Ini cerita dongeng. Tetapi cerita ini sama dengan membuat pilihan antara Pepsi Cola dengan Coca Cola,” jelasnya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu menjelaskan sama ada perumpaan beliau
itu boleh difahami atau tidak, bergantung pada tahap minda pembaca
sendiri.
“Jika kebolehan rendah maka terjadilah tafsiran seperti yang dibuat terhadap soalan saya berkenaan daging babi,” tambahnya.
Semalam, melalui blognya, Dr Mahathir mempersoalkan adakah babi haram atau tidak jika disembelih dengan menyebut nama tuhan.
“Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada daya fikir bangsa
itu. Dalam al-Quran, berkali-kali terdapat ayat yang menyentuh
daya-fikir manusia. Setelah diperdengar wahyu dari Allah, ada yang masih
tidak faham dan tidak percaya.
“Puak yang tidak dapat fikir ini dikenali sebagai puak jahiliah. Jika
kita tergolong dalam puak ini, tak mungkin kita bezakan antara yang
bertanding. Dan mustahil kita akan maju.
“Tak hairanlah jika kita tidak akan undi dalam Pilihan Raya Umum
ke-14. Jika memilih antara Pepsi dengan Coca Cola pun kita tak dapat,
apatah lagi antara BN dengan PH.
“Oleh itu jangan pilih. Selamatlah kita. Selamatkah? Tepuk dada. Tanya selera,” tulisnya, sinis. –
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan