Oleh
PAKATAN Harapan (PH) Selangor masih belum memulakan secara rasmi
rundingan untuk agihan kerusi negeri walau tempoh yang ditetapkan hanya
berbaki tujuh hari.
Bahkan, Jawatankuasa Khas Rundingan Agihan Kerusi DUN (Dewan Undangan
Negeri) Selangor yang sepatutnya dianggotai oleh wakil dari empat parti
komponen juga masih belum dibentuk.
Antara punca yang dikenalpasti adalah tindakan PKR yang masih cuba
menarik PAS bersama dengan keyakinan bahawa PH akan kalah, hatta di
Selangor tanpa penyertaan parti Islam itu.
Menurut Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani, Amanah
Selangor telah menghantar surat kepada pengerusi PH Selangor
mencadangkan penubuhan jawatankuasa tersebut dengan segera.
"Setakat ini masih belum ada sebarang maklumbalas dari Pengerusi PH Selangor," kata Jamzuri.
Pengerusi PH Selangor adalah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, yang juga pengarah pilihan raya PH.
Jamzuri mengesahkan, sudah ada beberapa perbincangan antara parti
tertentu dalam komponen PH, tetapi rundingan rasmi yang melibatkan
keempat-empat parti masih belum berlaku.
Tarikh akhir rundingan peringkat negeri seperti yang ditetapkan oleh PH Nasional ialah pada 31 Januari 2018.
"Jikalau tiada penyelesaian maka perbincangan kerusi ini mungkin akan dibuat di peringkat PH pusat," katanya.
Difahamkan, Bersatu, Amanah dan DAP telah
melakukan rundingan pembahagian kerusi antara mereka tanpa penglibatan
PKR.
Ini berikutan jangkaan awal PKR untuk bertanding sehingga 30 dari 56
kerusi negeri di Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti
sebagaimana yang diumumkan dalam mesyuarat bersama PH di Selangor
sebelum ini.
Sedangkan dalam Pilihan Raya 2013 lalu, PKR hanya bertanding 20
kerusi sahaja, manakala PAS bertanding di 20 DUN dan DAP (15), manakala
kerusi Kota Damansara ditandingi oleh PAS dan PKR.
Dalam rundingan tiga parti itu, DAP akan kekal di 15 kerusi yang
ditandinginya seperti mana PRU2013 lalu manakala 20 kerusi PAS akan
diagihkan antara Amanah dan Bersatu.
Bersatu pula dicadangkan agar menuntut sebahagian kerusi yang tidak berjaya dimenangi PKR dalam pilihan raya yang lalu.
Sumber memberitahu , mesyuarat jentera pilihan
raya PH Selangor yang dipanggil oleh Pengarah Pilihan Raya PH Selangor
Xevier Jayakumar minggu lalu gagal merundingkan sebarang pembahagian
kerusi.
Ini kerana wakil ketiga-tiga parti, Amanah, DAP dan Bersatu, berkata mereka tidak ada mandat untuk membuat perundingan kerusi.
Sumber mendedahkan, wakil ketiga-tiga parti itu memberitahu Xavier
bahawa mereka hanya datang ke mesyuarat untuk membuat persiapan jentera
pilihan raya dan bukan untuk rundingan kerusi.
Ekoran itu, mesyuarat itu hanya berakhir selama setengah jam sahaja, kata sumber.
Sementara itu, semakan dengan satu lagi sumber dalam PKR Selangor
mendapati parti itu mensasar untuk bertanding di 21 kerusi negeri sahaja
di Selangor.
"Kami sasarkan untuk bertanding 21 kerusi dengan jangkaan akan menang 19 kerusi negeri," kata sumber.
Namun begitu, oleh kerana PKR berpecah kepada dua kem, angka 21
kerusi itu dipersetujui oleh satu kem sahaja bukan oleh semua pemimpin
PKR, kata sumber itu lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan