Sarawak dan Sabah penentu PRU14?

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim meramalkan prestasi baik Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan suatu kerjasama terbentuk antara gabungan pembangkang dan parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Sabah dan Sarawak.

Bekas menteri di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi itu berkata senario itu mungkin berlaku sekiranya parti komponen PH – DAP, PKR, Amanah dan PPBM – menambah bilangan kerusi mereka di Semenanjung dari 63 kerusi kepada sekurang-kurangnya 95 kerusi.

Beliau berkata demikian selepas pakar strategi berkata BN akan terus menguasai kerajaan persekutuan dengan majoriti kerusi Parlimen di Sabah (21) dan Sarawak (25) atau 46 kerusi daripada 56 kerusi Parlimen.

“Kalau PH menawan lebih banyak kerusi di Semenanjung daripada BN, kiraan saya meunjukkan sekurang-kurangnya 95, tiada sebab Malaysia Timur akan menyebelahi Najib. Mereka akan mahu berurusan.”

“Malah, naiflah kalau merasakan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad tiada rancangan untuk Malaysia Timur. Kemungkinan besar rancangannya sudah berakar berumbi, dan tumpuan mereka bukan pada Datuk Seri Shafie Apdal sahaja,” katanya Zaid di blog hari ini.

Beliau menambah perkara itu patut menyebabkan menteri dan ahli Parlimen Umno berfikir dua kali.
“Mungkin mereka perlu bersikap lebih terbuka.”

Zaid turut memuji bekas perdana menteri itu kerana menyatukan orang Melayu melalui PPBM.
“Hujahnya mudah: ‘Kami dalam PPBM akan melindungi kepentingan orang Melayu lebih baik daripada Najib’. Hujah itu mudah diterima.

“Tengok apa yang berlaku di Felda, Felcra dan Mara. Tengoklah kehilangan tanah Bumiputera di Johor,” katanya, dan menambah PPBM terbukti menjadi alternatif buat ahli Umno yang tidak berpuas hati.

Zaid, yang menyertai DAP tahun lepas, turut membidas seruan “selamatkan Umno”.
“Pada PRU14, seruan untuk orang Melayu ialah selamatkan Umno, sedangkan isu sebenar ialah bagaimana hendak kita selamatkan kerja mereka, gadai janji mereka dan tanah mereka.”

Tarikh terakhir untuk PRU14 ialah 24 Ogos, iaitu 60 hari daripada 24 Jun, iaitu tarikh di mana Parlimen akan terbubar secara automatik selepas selesai penggal 5 tahun. Najib mempunyai prerogatif untuk membubarkan Parlimen sebelum Jun.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan