Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad berkata, tiada
mana-mana parti di bawah gabungan Pakatan Harapan bersifat mendominasi
seperti Umno sebagai komponen BN.
Walaupun Bersatu memperoleh agihan kerusi Parlimen di Semenanjung
paling banyak, ujarnya, parti dipengerusikan Tun Mahathir itu masih
tertakluk di bawah proses semak dan imbang.
“Di bawah Pakatan Harapan, kedudukan Bersatu tidak seperti Umno dalam
BN.
Dalam BN dulu, hanya ada satu parti Melayu iaitu Umno sampai
bertanding 120 kerusi.
“Dalam Pakatan Harapan, tiada parti yang mendominasi. Pakatan Harapan
ada semak dan imbang. Macam soal rundingan kerusi inilah, kita bincang,
rancang dan setuju bersama,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual moderator, Asyraf Wahab di saluran TV internet, Jom Channel baru-baru ini.
Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan berkata, Bersatu berbeza dengan
Umno yang mendominasi BN seperti pada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU)
lalu.
“Dia (Umno) menang 88 (kerusi) iaitu lebih separuh pada pilihan raya
lalu. Jadi, apa dia kata, orang lain kena ikut pasal dia majoriti. Jadi,
dia boleh dominasi.
“Dalam Pakatan Harapan, walaupun PPBM bertanding 52 kerusi dan itu
memang jumlah yang lebih daripada DAP sekalipun, kalau menang semua 52
kerusi pun masih tidak separuh daripada 112 kerusi untuk membentuk
kerajaan.
“Inilah yang menjamin dia (Bersatu) tida
k boleh buat lagi,” ujarnya
menjawab kemungkinan PPBM mengulangi kepincangan urus tadbir di bawah
Umno sekiranya menang PRU-14.
Mengulas pemilihan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri,
Khalid berkata, keputusan Pakatan Harapan itu mengambil kira langkah
untuk menarik pengundi Melayu khususnya di luar bandar.
“Masalah kita untuk mendapatkan sokongan orang kampung, orang Melayu.
Ini yang kita kalah selama ini, yang menyebabkan Umno-BN terus
memerintah.
“Kita terpaksa tonjolkan Tun Mahathir sebab dia sudah 22 tahun jadi
Perdana Menteri. Walaupun dulu dia banyak masalah dari sudut politiknya
tetapi dari sudut ekonomi, negara kita masyhur sebagai negara yang maju.
“Kita tidak kena GST, kita masih dapat biasiswa, harga minyak stabil,” katanya.
Menurutnya, jumlah hutang negara juga jauh lebih rendah ketika Tun
Mahathir menjadi Perdana Menteri berbanding Najib Razak pada masa ini.
“Kalau nak banding zaman Najib dengan zaman Mahathir, jauh lebih
baik. Hutang negara zaman Mahathir hanya RM180 bilion. Sekarang zaman
Najib hampir RM1 trilion iaitu kita 900,000 juta.
“Sudahlah rakyat sakit, dia (Najib) pergi bawa keluarga angkut anak
cucu sebagai lawatan kerja (ke Arab Saudi) tapi senarai (rombongan)
anak, cucu dan menantu. Ini yang kita kena betulkan
“Tapi orang Melayu takkan berani buat perubahan itu kecuali dia nampak ada satu pemimpin,” tambah Khalid lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan