Oleh Low Han Shaun
UNDI Dr Mahathir untuk perubahan, bukan kerana anda menyukai beliau, kata Azmi Sharom.
Di sebuah forum hari ini, pensyarah undang-undang dari Universiti
Malaya itu berkata beliau faham mengapa rakyat Malaysia bersikap sinis
ketika bekas pemimpin Umno itu dicalonkan sebagai perdana menteri.
"Saya tak kata supaya jangan undi pembangkang, saya
tak kata mereka silap apabila memilih Dr Mahathir, tetapi saya akan
tetap undi mereka kerana jika anda mahukan perubahan, anda tidak boleh
ada kerajaan sekarang," katanya selepas forum “Post 1MDB and Malaysia: what future can we have” di Kuala Lumpur hari ini.
Azmi telah dijemput bersama bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan
dan Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang untuk menyuarakan
pendapat mereka mengenai masa depan.
"Kalau anda mahu undi kerajaan, sudah tentu itu hak anda, tetapi
kalau anda mahukan perubahan, maka anda tiada pilihan. Tak kiralah apa
yang anda (atau saya) fikir tentang Dr Mahathir," kata Azmi.
Mengimbas semula pilihan raya Indonesia pada akhir 1990-an, Azmi
berkata rakyat negara itu mengundi parti calon (Bacharuddin Jusuf
Habibie) yang sama mereka gulingkan.
"Tetapi,Indonesia sekarang satu-satunya negara demokrasi yang berdaya
maju di Asia Tenggara. Demokrasi mereka terselamat... untuk mengambil
langkah pertama bagi memilih kerajaan pilihan mereka.
"Kita belum pernah mengambil langkah pertama itu kerana kita tak pernah ubah apa-apa.
"Jadi ya, ibarat menelan kaca, tetapi apa pilihan yang kita ada selain menelannya? Kita akan kekal di takuk sama.
"Tiada pembahar
uan langsung di Barisan Nasional," katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan