Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lena tidur mendengar
kelantangan suara veteran Umno yang semakin kerap bersuara kebelakangan
ini.
Setelah 'dibelasah teruk' isu Jho Low dan 1MDB oleh Penasihat
Sosiobudaya kepada kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim kini muncul pula
seorang lagi veteran, Tan Sri Rafidah Aziz yang juga mantan menteri
Umno.
Kenyataan terbaru Rafidah Aziz dilihat bakal menimbulkan kegemparan dan perpecahan yang lebih dasyat dalam parti Umno.
Dalam salah satu tulisannya di Facebook, bekas menteri kabinet itu
menyatakan 'tindakan memilih pemimpin yang rasuah itu samalah seperti
membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik berkenaan'.
Beliau juga memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan dianggap
'bersubahat' dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya
pengundi secara sukarela mengundi ahli politik yang korup.
Makan cili rasa pedas
Kenyataan beliau ditujukan secara umum, dan boleh jadi kepada sesiapa
sahaja, tetapi rakyat pasti memahami kenyataan beliau ditujukan secara
khusus memandangkan senario politik semasa di Malaysia.
Sifat ‘siapa yang pedas dengan memakan cili api’ sudah dapat dilihat
apabila muncul 'macai' yang melenting setelah membaca kritikan Rais
Yatim terhadap pemerintah kleptokasi sebelum ini.
Rakyat akan dapat melihat pemimpin Umno seperti 'cacing yang
kepanasan', marah-marah dan melenting dengan memberi kenyataan balas
terhadap kenyataan Rafidah itu.
Korup dan rasuah seperti yang dinyatakan oleh Rafidah Aziz itu
disinonimkan dengan parti Umno serta puak elit politik di negara ini.
Rafidah menasihati rakyat agar jangan memilih parti tersebut dan
kepimpinannya yang terbukti korup dan rasuah kerana ia bererti mereka
bersubahat membenarkan salah laku pemimpin terbabit.
Ini bermakna Rafidah juga sedar parti Umno dan pemimpinnya telah
rosak teruk disebabkan rasuah atau korupsi yang membarah. Justeru beliau
mengingatkan rakyat agar menolak parti tersebut dan kepimpinannya.
Biarlah PRU ke 14 nanti parti Umno dan parti-parti yang mahu
bekerjasama dengannya jatuh dihukum rakyat yang sayangkan tanahair ini.
Rafidah Aziz ialah pemimpin besar Umno di zamannya. Beliau
bergelumang dengan parti tersebut dan jatuh bangun dengan parti beliau
sejak dahulu sehingga sekarang.
Mustahil beliau tidak sayangkan Umno dengan kenyataan sinikal seperti
itu. Sukar menerima kenyataan beliau dan lain-lain pemimpin veteran
jika mereka mahu mengkhianati perjuangan mereka selama ini.
Korup, kenyang perut sendiri
Namun, bagi Rafidah mungkin ada sesuatu yang beliau nampak tidak
kena, maka beliau terpaksa memperli, mengata, menyindir serta sinis
secara halus atau kasar terhadap elit politik yang dilihat telah jauh
tersasar membawa haluan negara ini untuk 'kenyang perut sendiri'.
Beliau kini mulai merasai 'denyut nadi rakyat', dan memahami keluhan rakyat marhaen serta mengerti semua keperitan itu.
Disamping itu beliau juga tahu asal usul terjadinya masalah korup ini
sehingga nama Malaysia menjadi buruk dan busuk di serata dunia.
Keterdesakan itu memaksa beliau bersuara lantang menegur dan
menasihatkan segelintir pihak yang keterlaluan dalam memerintah negara
ini.
Jika veteran Umno seperti Rafidah Aziz dan Rais Yatim (gambar)
telah bersuara, apa lagi yang masih tinggal dalam Umno. Mereka mungkin
mewakili suara-suara akar umbi Umno yang resah terhadap isu rasuah yang
membelenggu Malaysia.
Apakah mungkin selepas mereka bersuara ada lebih ramai lagi pemimpin
veteran Umno lain pula tampil bangkit bersuara dan lantang terhadap
kebejatan pemimpin negara menjelang PRU ke 14?
Sama-sama kita saksikan aksi menyerang balas oleh para pembodek MO1
yang akan berlagak hulubalang bagi mempertahankan diri Pemimpin mereka
yang semakin 'senget menunggu rebah'.
Kemungkaran tetap kemungkaran, sama ada daripada mereka yang
berserban atau yang pakai tali leher. Apa perlu dipertahankan mereka
yang sebegini?
Apakah kita akan memejam mata kepada semua keburukan yang mencemarkan
nama baik Malaysia dengan membelanja harta kerajaan tanpa rasa takut
kepada Tuhan?
DATUK MAHFUZ OMAR ialah Anggota Parlimen Pokok Sena, Kedah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan