Saiful puji PAS kerana kembali ke ‘landasan betul’

PETALING JAYA: Selang beberapa hari pilihan raya umum 9 Mei lalu, Mohd Saiful Bukhari, saksi utama dalam kes liwat membuat pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sambil memuji PAS sebagai sebuah parti yang “matang” dan “berdisiplin”.

Saiful yang merupakan bekas pembantu Anwar menyifatkan PAS tenang dan tidak menimbulkan masalah semasa proses pemilihan calon, sambil berkata ahlinya juga tidak membuay sebarang bantahan.

“Berbeza pula dengan parti lain yang kecoh, protes, merajuk sana sini kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon oleh pucuk pimpinan. Sampai keluar parti pun ada,” kata Saiful dalam catatat Facebook, sambil memuat naik gambar pertemuannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu dan Menteri Besar Terengganu yang baru dilantik, Ahmad Samsuri Mokhtar, pada bulan lalu.

Saiful berkata, walaupun badan penyelidikan diketuai pemimpin PKR Rafizi Ramli, Invoke Malaysia, meramalkan PAS akan kehilangan semua kerusi yang dipertandingkan, PAS berjaya membuktikan ramalan itu salah.

Rafizi meramalkan PAS akan tewas di semua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi, termasuk di kubu kuat mereka, Kelantan.

“Ternyata ramalan Invoke meleset apabila PAS memperoleh 18 kerusi Parlimen, mengekalkan kuasa di negeri Kelantan, merampas negeri Terengganu dan menjadi ‘kingmaker’ di Perak,” kata Saiful.
Saiful berkata PAS sudah kembali pada landasannya yang betul dan dilihat berbeza dengan zaman semasa berada dalam Pakatan Rakyat.

“Semasa PAS di dalam Pakatan Rakyat, PAS dilihat tidak konsisten dalam isu seperti kalimah Allah, hudud dan selalu bercanggah dengan parti komponen lain yang ada di antaranya tidak setuju dengan agenda PAS,” katanya.

Pada 2008, Saiful membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Anwar, tuduhan yang dinafikan Anwar.

Anwar akhirnya didapati bersalah pada Februari 2015 dan dihukum penjara 5 tahun. Beliau dibebaskan dan diberikan pengampunan diraja pada 16 Mei lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan