Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
percaya dendam bekas menteri kabinet Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri
Rafidah Aziz terbawa-bawa terhadap pentadbiran semasa yang diketuai oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kedua-dua bekas pemimpin kanan Umno itu dikatakan semakin lantang
terhadap Umno dan kerajaan susulan rampasan kapal pesiaran Equanimity
oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan pihak
berkuasa Indonesia, baru-baru ini.
“Pilihan raya semakin hampr, jelas ini semua orang yang kecewa.
“Bukan mudah (untuk menerima hakikat) digugurkan, jika kamu pernah
jadi menteri lebih 10 tahun dan tiba-tiba digugurkan, kamu punya dendam
itu terbawa-bawa sampai walaupun kamu sudah digugurkan pada pilihan raya
lalu.
“Jadi jelaslah mereka memendam dendam terhadap kepimpinan kerajaan hari ini. Jadi, biarlah dia meroyan,” kata Nazri kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini.
Rais, awal bulan ini, menegur
Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak yang
berkata tiada bukti yang menunjukkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau
Jho Low adalah pemilik Equanimity.
Sebelum pilihan raya umum lalu, Rais adalah menteri komunikasi dan
kebudayaan tetapi digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2013.
Beliau kini berkhidmat sebagai penasihat sosiobudaya kepada kerajaan dan mempunyai status yang sama sebagai seorang menteri.
Rafidah pula adalah menteri perdagangan antarabangsa dan industri
dari tahun 1987 hingga 2008. Beliau digugurkan dari kabinet selepas
pilihan raya 2008.
Beliau juga membidas pihak berkuasa Malaysia kerana sebelum ini gagal
mencari kapal Equanimity sedangkan, katanya, beliau sendiri pernah mengesan kapal itu ketika bercuti di Thailand pada tahun lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan