Keperluan Bersama Tun Mahathir Dalam Pakatan Harapan

Kita mangambil semangat pemaaf dan berjiwa besar berdasarkan firman Allah dalam Surah An Nur ayat 22:
وَلَا يَأۡتَلِ أُوْلُواْ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤۡتُوٓاْ أُوْلِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۖ وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ ٢٢
"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An-Nur: 22)

Lebih jauh daripada itu dengan merujuk kepada kaedah "boleh bersabar menanggung (مفصدة) mafsadah sederhana demi mengelak dan membasmi mafsadah yang lebih besar.

"Maka Dr Mahathir adalah pemangkin untuk menjayakan matlamat yang lebih penting dan mendesak dalam tahapnya demi meraih matlamat yang lebih besar iaitu #MENYELAMATKAN_NEGARA dan membangunkan semula masyarakat atas landasan yang besar dan jitu.."
~Ust Ahmad Awang

Merujuk buku PARTI AMANAH NEGARA

Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti
Karangan:
Ahmad Lutfi Othman

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan