Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau lupa dengan
tindakannya semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno apabila
parti pemerintah itu dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) pada tahun 1988.
Sebaliknya, beliau berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Nur Jazlan Mohamad, yang menuduh beliau “lupa sejarah” tidak tahu
bagaimana untuk membuat perbandingan sewajarnya.
“Saya tidak lupa. Nur Jazlan yang tidak faham dan membuat bandingan
antara epal dengan limau dan berpendapat epal dengan limau adalah sama,”
katanya dalam satu catatan di blog malam semalam.
Mahathir berkata ketika itu, ROS bertindak secara bebas dan membuat
keputusan yang tidak memihak kerajaan walaupun ia menjadi sebahagian
daripada kerajaan.
“Sekarang ROS hanya mengganggu parti lawan. Dapatkah ROS haramkan Umno.
“Ada kes bagi Umno diharamkan. Jika kerajaan yang didirikan Umno, ROS
haramkan baharulah sama dengan apa yang terjadi di zaman saya.
“Baharu ada bandingan antara dahulu dengan sekarang antara epal dengan epal,” katanya.
Mahathir merujuk kepada keputusan Umno untuk menangguhkan lagi
pemilihan parti itu pada tahun depan, satu tindakan yang menurut bekas
ahli parti sebagai bertentangan dengan perlembagaannya.
Mahathir yang kini adalah pengerusi BERSATU mengulas kenyataan Nur
Jazlan pada Isnin lalu bahawa bekas perdana menteri telah melupakan masa
silamnya apabila mengkritik ROS.
"Beliau nampak telah lupa apa yang dilakukannya 30 tahun lalu dan
sekarang ROS melaksanakan tugasnya secara adil dengan mengambil
kepentingan anggota BERSATU," kata timbalan menteri itu yang dipetik
oleh akhbar The Star.
Nur Jazlan juga mendakwa apabila Umno dibatalkan pendaftarannya, Mahathir cuba memaksa ROS untuk memihak kepada parti itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan