Ketua Umno Bahagian dakwa Nasrudin tidak aktif di Temerloh

Kegagalan Ahli Parlimen Temerloh dari Pas, Nasrudin Hassan, menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan jarang kelihatan di kawasan termasuk membantu orang ramai perlu menjadi iktibar kepada lebih 70,000 pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kawasan itu.

Ketua Pemuda Umno Temerloh, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit, berkata ada rungutan daripada rakyat di kawasan itu terhadap Ahli Parlimennya yang jarang berada di kawasan walaupun sudah diberi amanah pada PRU-13.
Katanya, tindakan itu jelas merugikan pengundi dan peranan membantu rakyat sebaliknya dipikul Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan perkhidmatan sejak sekian lama tanpa mengira perbezaan idealogi politik.

“Difahamkan beliau kini sedang mencari kerusi selamat di kawasan lain untuk PRU-14, rakyat harus menjadikannya sebagai iktibar dalam membuat pemilihan dan BN harus menjadi pilihan utama kerana terbukti berjaya membela nasib rakyat.

“Jadi peluang BN merampas semula Parlimen Temerloh daripada pembangkang agak cerah atas faktor kegagalan wakil rakyatnya memberikan perkhidmatan terbaik.

“Malah BN juga berpeluang menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Semantan serta Mentakab yang turut diwakili pembangkang selain mengekalkan kerusi DunLanchang, sasaran untuk menang 4-0 sebenarnya ada,” katanya seperti di laporkan NSTP hari ini.

Pada PRU-13, Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Temerloh selepas menewaskan calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR dengan majoriti 1,070 undi.

BN menang di kerusi Dun Lanchang menerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh, manakala Dun Mentakab dimenangi wakil DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri.

Dun Kuala Semantan pula dimenangi wakil Pas, Syed Hamid Syed Mohamed yang kini menyertai AMANAH.

Mengulas lanjut, Azril Rizal Yusof berkata, bancian dilakukan Pemuda Umno Temerloh mendapati golongan muda di Parlimen itu yang kebanyakkannya terdiri daripada pengundi atas pagar menaruh keyakinan dan harapan terhadap kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pemuda Umno Temerloh sudah lama mendekati golongan muda dengan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan mampu menyentuh jiwa rakyat bermula dari sukan, ziarah kasih, pendidikan, ekonomi, keusahawanan serta santai kedai kopi,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berharap Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang akan terus kekal menjadi ‘jeneral perang’ bagi mereka dalam menghadapi PRU-14.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan