Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli Pas lebih berani untuk menyatakan
pendirian mereka untuk memilih antara Pas dan Pakatan Harapan dalam
menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, Pas masih dilihat sebagai parti
Islam yang kuat tetapi dari sudut politik, ia bukan tandingan Barisan
Nasional (BN).
“Saya harap ahli Pas yang mengambil pendirian tawakuf (mendiamkan
diri) itu, supaya pilihan raya kali ini mereka tidak lagi bertawakuf.
“Biarlah merek a kekal dalam Pas tetapi memilih Pakatan Harapan dalam
pilihan raya nanti,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan media selepas
mengumumkan menyertai AMANAH hari ini.
Bekas Ketua Penerangan Pas itu menambah, walaupun Pas sering
mengatakan 141,111 ahli baru telah menyertai Pas bagi tempoh 2013-2017,
namun bagi satu cawangan hanya terdapat penambahan empat ahli baru
setahun.
“Oleh itu untuk Pas dilihat sebagai parti politik berkuasa saya fikir
Pas tidak mampu untuk membawa perubahan pada masa depan negara kita
ini.
“Itu belum dikira di kalangan ahli Pas yang telah menyertai PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu.
“Apatah lagi dikalangan ahli Pas yang masih mengambil pendirian tawakuf ini begitu ramai dalam Pas,” ujarnya.
Hari ini beliau mengumumkan menyertai AMANAH bersama bekas Pengarah
Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop. Mahfuz turut mengumumkan isterinya Datin
Roswati Jaafar dan tiga a naknya (gambar) turut keluar Pas dan menyertai AMANAH.
Ketika ditanya perasaannya setelah pengisytiharan sertai AMANAH
dilakukan dengan disaksikan kepimpinan PH dan Presiden AMANAH Mohamad
Sabu hari ini, beliau mengakui berasa lega kerana tidak dianggap turut
bersekongkol dengan Umno-BN oleh rakan-rakan di luar Pas.
“Saya rasa lega, setelah keluar Pas masa lapang banyak.Saya terlepas
daripada beban dianggap sebagai pengkhianat kepada rakyat kerana
bersekongkol dengan Pas memberikan tongkat kepada Umno-BN,” ujarnya.
Ahli Pas selama 34 tahun ini turut mendedahkan niatnya untuk
menyedarkan pimpinan utama Pas dari dalam, agar menyertai PH tetapi ia
tidak kesampaian walaupun usaha ke arah itu dilakukan sendirian selama
ini.
“Jadi saya beralih mendekati ahli Pas pula untuk memahamkan mereka
agar memberi sokongan kepada Pakatan Harapan walaupun mereka kekal dalam
Pas tetapi undi Pakatan Harapan.
“Hari ini berbeza, saya nak seru sekali lagi, jika ada keberanian mereka keluar Pas dan sertai mana-mana parti dalam PH.
“Saya percaya tidak semua ahli Pas ada keberanian yang sama seperti
saya dan rakan-rakan lain yng telah lakukan (keluar parti),” ujarnya
yang yakin penyertaannya dalam Amanah akan dapat membantu parti serpihan
Pas itu dan Pakatan Harapan untuk menang pilihan raya dan menumbangkan
kerajaan Umno-BN pada pilihan raya.
“Saya fikir tidak cukup kekuatan seorang diri, gandingan semua pihak boleh membantu kemenangan Pakatan Harapan.
“Saya ada usaha kecil untuk membantu AMANAH dan PH untuk menang dalam
pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang sudah pasti akan
mengekalkan kerusi disandangnya di Pokok Sena sebagai calon pada PRU-14
akan datang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan