ZURICH: Parlimen Switzerland semalam menolak cubaan meminda
undang-undang pengendalian keuntungan haram dalam bank yang dirampas
pihak berkuasa untuk mengembalikan lebih AS$100 juta (RM391 juta)
dikaitkan dengan dana 1MDB kepada rakyat Malaysia.
Pihak yang mencadangkan perkara itu mengakui mereka berdepan cabaran
sukar mendapat kelulusan Parlimen, di mana Dewan Rakyat menolak
permintaan kerajaan.
Menteri Luar, Ignazio Cassis memberitahu penggubal undang-undang,
langkah itu terlalu luas dan melanggar pemisahan kuasa antara kerajaan
dan mahkamah.
Beliau berkata, undang-undang sedia ada membenarkan penghantaran aset yang dirampas daripada rejim ditumbangkan.
Beliau memetik satu perjanjian yang ditandatangani dengan Bank Dunia
pada Disember, di mana Switzerland akan mengembalikan kira-kira AS$321
juta aset yang dirampas daripada keluarga bekas presiden Sani Abacha
kepada Nigeria.
Keuntungan bank yang dirampas daripada transaksi meragukan adalah
cerita berbeza. Biasanya, ia mengalir ke dalam bajet umum Switzerland.
Kempen Switzerland itu diketuai ahli politik berhaluan kiri, Carlo
Sommaruga dan badan bukan kerajaan mahu menyerahkan lebih AS$100 juta
wang yang dirampas bank Switzerland dalam kes 1MDB.
Sejumlah AS$4.5 bilion didakwa diseleweng pegawai atasan dana itu dan
rakan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan di Jabatan Kehakiman
AS.
Skandal itu mencetuskan siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, AS dan Singapura.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menubuhkan 1MDB pada 2009
dan pernah memegang jawatan pengerusi lembaga penasihat. Beliau dan 1MDB
menafikan sebarang salah laku.
Pengawal kewangan Finma merampas 104 juta francs Switzerland (AS$110
juta) keuntungan haram daripada urus niaga melibatkan 1MDB oleh bank
BSI, Falcon Private Bank dan Cout & Co sejak pertengahan 2016.
Kes BSI dan Falcon masih di peringkat rayuan.
Semalam, 1MDB berkata, 104 juta francs Switzerland itu sedang
dituntut bank yang Finma sasarkan kerana melanggar undang-undang
Switzerland.
“Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan milik 1MDB,” katanya.
Aktivis berkata, Switzerland boleh menetapkan duluan di peringkat
antarabangsa tentang kaedah menguruskan harta dirampas daripada 1MDB,
seperti kapal layar mewah yang dirampas di Bali bulan lepas dan kini
diserahkan Indonesia kepada pihak berkuasa AS.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan